Thursday, March 10, 2011

aktiviti di waktu petang..

3 comments:
hai readers..masih lagi dalam mood happy.seperti mana yang diceritakan pada entry lepas, FB baru sahaja berjaya memiliki set camera DSLR kan. so mood happt FB masih lagi tak berganjak ni.hahaha..FB dah 3 kali dalam 4 hari keluar pergi shoot gambar. best woooooooooo..FB masih lagi dalam proses mempelajari selok belok bidang photography  ni. agak susah ar. silap setup setting camera tu, gambar out terus. so kena belajar lagi utk dapatkan gambar yang berkualiti tinggi.hehehe..skema je..

FB ni lebih suka tangkap gambar permandangan dan gambar yang bergerak-gerak. tak tahulah kenapa camtu. tapi memang puas lah kalau dapat tangkap gambar tu dan cantik plak. puas terserlah je.hehehe. kat bawah ni gambar FB shoot masa pergi tasik Shah Alam. tak lah ok sangat. saja je nak tunjuk sample pertama FB.hehe..pada yang expert tu, jangan kutuk k..hahaha..




           Galeria Shah Alam. ada apa ek dalam ni. FB tak pernah masuk pun. tengok dari luar je..hehe


Laluan untuk jalan kaki..seram siot lalu time ni..hehehe 




Tangga je. tapi suka tengok tangga ni. macam kat ROME plak..hahaha..



Permandangan tasik Shah Alam watu senja..bangunan UiTM nampak kecik je..hehehe

* nak pergi Putrajaya plak ni photoshoot..jom..

Tuesday, March 8, 2011

Akhirnya Tercapai Juga..Jom Photoshoot!!

13 comments:
hai readers..ok hari ni..hepi?? bagi FB agak hepi lah..tengok tajuk entry lah "Akhirnya Tecapai juga" perasaan lega dan seronok..memang FB teruja sangat sejak seminggu ni. salah satu wishlist FB dapat juga FB gengam di tangan seerat-erat yang mungkin..hehe..readers nak tahu ke apa wishlist FB tu..bagi readers FB yang selalu baca entry FB mesti dapat teka kan.. sebelum-sebelum ni FB ada menulis tentang gadget yang FB ingin kan. apa tu..haaa gadget apa tu..yang pasti bukan IPhone4, HTC, Sony gadget..tetapiii CANON EOS 60D..hehehe..FB sudah berjaya mempunyai DSLR pertama FB..wah..bestnye..teruja sangat-sangat tau..

ni lah set Canon EOS 60D kepunyaan FB..amacam.ok x? hehe..bukan senang ni nak dapat..membanting tulang jugaklah..tapi xpa..Berbaloi-baloi..!!

Memang sangat baru lah my baby ni. baru dapat je ni. seminggu pun tak sampai lagi.hehe.terima kasih kepada saudara Fitri Abd Karim.dan dengan adanya nya my baby ni, tangan FB asyik gatai nak shoot gambar je..pergi mana je mesti nak shoot gambar. xcited sangat-sangat tau.hehehe..yelahkan.benda ni dah lama mengidam.sekarang baru dapat. kepada readers yang berminat, beli lah satu. dapat freegift lagi..antaranya tripod, beg, filter dan screen protector.warranty plak 1 plus 1.. not bad lah kan. readers yang berminat tu, survey-survey lah. buat keputusan yang betul k..

So sekarang sapa nak teman FB pegi shoot gambar. jom lah teman FB. FB boleh shoot gambar readers free je.FOC!!! tak nak lagi ke..FB pun baru nak belajar ni selok belok bidang photography ni. memang totally newbie lah..hehe..kpd expert photograher. kalau sudi ajar, sudi-sudikanlah ye..hehehe
                                                                  FB poyo..hahaha

* kalau ada bengkel ke seminar pasal DSLR ni, cepat-cepat bagitahu FB k..hehehe..TQ

Thursday, March 3, 2011

Pengumuman Keputusan SPM

2 comments:


Hai readers..camna hari ini. ok? hehe..FB selsema sikit. dah amik ubat, jangan risau k. SPM?? mesti korang semua dah amik kan. sama lah dengan FB pun. 5 years ago punya cita ni. nampak sangat dah tak bapa nak muda. tapi, adik FB tengah tunggu keputusan SPM keluar. mesti kecut habis punya. sapa lah tak kecut perut kan. keputusan ni lah yang bakal menentukan hala tuju kita.hehehe

So, FB dengar ada yang kata dah kuar, ada yang kata minggu depan, hujung bulan, april pun ada. yang mana satu ni?? buat lagi berdebar pula. haish..ni info yang FB dapat. keputusan SPM akan kuar Selewat-lewatnya Pada 23 Mac 2011:). ni tarikh paling lewat. so memang ada kemungkinan ia akan kuar minggu depan. relax k pada yang berkenaan. korang akan tahu juga nanti. jangan takut k.hehehe..

Keptusan SPM akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Negara disetiap sekolah menengah yang berkenaan. bagi pelajar yang dah tak sabar tu, boleh pergi ke pejabat Lembaga Peperiksaan dan check sendiri. itu pun kalau boleh. tapi nak senang, kena ada cable lah. pakcik makcik saudara ke.hehehe..alternatif lain seperti SMS hanya boleh diguna selepas keputusan diumumkan secara rasmi. so, nak x nak, sabar k..dan jangan gugup k..hehehe


* terimalah seadaanya k..sesungguhnya kita dah mencuba sedaya upaya..Ucaplah Alhamdulillah...

Perkhidmatan Percuma di Anjung Streamyx

No comments:
         Hai readers. Hari ini FB memang teringin lakukan sesuatu dan memang secara kebetulan, ada contest terbaru pula. Tanpa berfikir panjang, FB terus menaip. Contest apa itu? Readers semua mesti mahukan perkhidmatan internet percuma bukan? dan mesti mahukan internet berkelajuan tinggi. Di sini FB ada tempat yang boleh beri readers kemahuan itu. 
         Mari kita layari Anjung Streamyx .  Di sinilah tempat di mana kita boleh mendapatkan perkhidmatan internet dengan hanya menggunakan jari sahaja. Tanpa perlu keluar untuk beratur serta menunggu giliran kita. Sangat mudah bukan? Anjung Streamyx menyediakan pendaftaran internet percuma untuk pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan internet. Selain itu, ia juga  menyediakan perkhidmatan naik taraf (upgraded) kelajuan internet dengan percuma.

       Anjung Streamyx menyediakan tiga pilihan kemudahan internet untuk pengguna. Pengguna boleh membuat pilihan yang terbaik mengikut kelajuan dan kemampuan. Tiga pilihan itu ialah Package Streamyx, Package Celcom dan Package UniFi. Kepada bloggers yang mempunyai masalah kelajuan intenet, FB sarankan untuk mendapatkan pakej-pakej ini kerana memang berbaloi dan puas hati. FB bercakap atas pengalaman FB kerana FB sendiri adalah pengguna Streamyx. Memang terbukti laju dan mempunyai download rate yang sangat tinggi.

        Secara ringkasnya, Pakej Streamyx menyediakan pendaftaran percuma dan mempunyai tiga packs iaitu Blockbuster Deals, GradPack dan Soho Package.Kadar sewa terendah adalah RM50 sebulan iaitu di dalam pakej GradPack. Apa yang lebih menarik, streamyx bukan sahaja menyediakan pendaftaran percuma, malah memberi modem percuma, ID streamyx zone serta banyak lagi kemudahan kepada pengguna. Untuk pakej Celcom, ia juga mempunyai tiga pilihan iaitu terdiri dari Lite, Basic dan Advanced. Apa yang istimewa ialah diskaun RM10 diberikan selama 6 bulan. Bagi pakej UniFi pula, ia mungkin sesuai untuk mereka yang mempunyai perniagaan sendiri atau kedai. Ini kerana, pakej UniFi adalah pakej yang tinggi kelajuannya serta tiada had gunaannya. Ia terdiri daripada UniFi VIP dan Unifi Biz.

Itulah secara ringkasnya cerita di sebalik Anjung Streamyx ini. Kepada bloggers, mari ikut FB sertai contest ini. Mudah saja. Hanya perlu layari Content Anjung Streamyx:) untuk keterangan lanjut. Tarikh tutup adalah sebelum 31 Mac 2011. Cepat-cepat. Hadiah lumayan. Agak rugi kalau menolak. Rezeki terletak ditangan kita kalau kita kuat berusaha.

Anda Baca Fahmi Suka~~

tempoh bayar saman di lanjutkan..

4 comments:
pisang tidak akan berbuah 2 kali..
hai readers..Hari tu FB dah pesan utk semua orang pergi bayar saman yang tertunggak..em dah bayar belum bagi yang berkenaan tu..FB dah pesan kan..kita xboleh ambil ringan benda ni..kan FB dah mrh..tarikh akhir sudah pun tamat pada 29 Feb 2011. pada yang xsempat bayar tu mesti kecewa kan.tapi tak boleh nak salahkan orang lain jugak. kenyataan diskaun saman ni dah dikeluarkan 3 bulan yang lalu lagi.kenapa tak bayar awal-awal lagi..tu lah orang kita sekarang.hujung-hujung tanduk baru nak brtindak..

em nak dijadikan cerita. ada berita baik untuk korang yang masih belum membayar saman tertunggak ni..selamatlah korang..disenarai hitam pun ditanggaguhkan.lega banyaklah korang. tapiii, tempuh lanjutan ni, tak lah lama sangat. tambah 10 hari je iaitu sehinggah 10 March 2011.so, cepat-cepatlah ye bagi yang tak dapat bayar lagi tu. tak kan nak tunggu saat-saat akhir juga kot. tak serik-serik lagi ke..segerakan lah k. FB cuma nasihatkan je.bukannya apa, FB dulu pun pernah tangguh bayar saman ni.tapi bala meninpa. dah la saman kompoun di naikkan, nama kena senarai hitam pula masa nak renew roadtax..sedihhhh..

apa tunggu lagi cik abang dan kakak-kakak yang berkenaan tu. tak kan nak biar pisang berbuah dua kali. merana diri tu. menjadi tanggungjawap kita sendiri untuk kita selesaikan masalh kita ni. orang dah ringankan, kita kenalah ringankan lagi..hehehe..tinggal beberapa hari saja ni..jangan biarkan hidup anda di selubungi tekanannnn..

*selamat saya free saman..hehe

My ShoutMix

Popular Posts