Tuesday, May 31, 2011

traffik konsisten setiap hari

11 comments:
hai readers..em hari ini FB tak ada cita apa sangat. macam selalu FB cakap, FB kan sibuk praktikal. nak update blog pun susah. tapi yang FB paling suka sekali ialah walaupun sekarang FB tak kerap update blog, tapi blog FB mencatat traffik yang agak konsisten setiap hari. konsisten tu bukan sikit. banyak lah jugak. banyak berapa tu biarlah rahsia. hehe..macamna ye Fahmi Blog boleh mendapat traffik yang konsisten. bukan nak berlagak. FB cuma nak berkongsi pengalaman FB berblogging ni. boleh naikkan semangat newbie blogger. nak naikkan semangat yang expert tu tak lah. FB pun baru lagi.hehehe..



macamna dapat traffik konsisten. sebenarnya FB mana ada cara-cara  atau tips sendiri nak kongsi. FB hanya ikut cara basic yang semua blogger buat sekarang. update entry tu memanglah. tapi tadi FB ada katakan walaupun tak kerap update blog, trafik maintain konsisten kan. senang je. entry kita tu mestilah bertajukkan KEYWORD yang panas-panas dan mampu menarik perhatian orang. senang kan. pengguna intenet yang search sesuatu untuk mencari maklumat, mesti taip perkataan penting je kan. ni lah namanya peluang kita. pilih keyword terbaik. betul tak FB cakap. benda basic je FB buat untuk dapatkan trafik konsisten. hehehe..

itu baru satukan. ada banyak lagi yang korang boleh cuba untuk naikkan blog korang. selain keyword, keaslian dan hak milik entry individu tu mestilah original. kalau asyik copy and paste je macamna nak popular. cita yang kita copy tu mesti dah berlambak kat blog lain. jadi sekarang, keaslian memang sangat penting bagi menentukan sejauh mana sesebuah entry itu boleh pergi. hehhe..pandai je kan FB ni..apa yang boleh FB cakap sekarang, berblogginglah dengan ikhlas. jangan ambil karya orang lain k.. cuba fikir idea dan buat cerita sendiri. kalau sempat FB akan baca entry korang..FB nak baca tau. sumbang satu trafik..hahahahhaha..selamat mencuba =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Monday, May 30, 2011

bila dah ada tanggungjawap

2 comments:

hai readers.. cukup seminggu tak lagi FB tak update blog. maaf-maaf ye. sibuk sikitlah sekarang. maklumlah dah kerja. tapi praktikal saja. kerja juga..hehe..dah ada tanggungjawap lain sekarang, nak berblogging pun susah sekerang. bukan tak ada masa tapi sebab hati ni memikir benda lain. perasaan nak berblogging tu lenyap seketika.huhu..teruk kan FB ni..tak apa lah. sekurang-kurangnya FB buat kerja. bukan buat benda yang tak berfaedah. kerja mencari rezeki dan untuk habiskan ijazah FB ni. kalau tak kerja aka praktikal ni, macamna nak graduate.hehe..

bila dah ada tanggungjawap ni, kita mesti lah bertanggungjawap. kan kan kan. betul tak ayat ni..bila kita diberi tanggungjawap, pertama sekali kita kena ambil serius. betul kan. kedua siapkan tanggungjawap kita tu. jangan sesekali lepas tangan dan ambil mudah. paling tak boleh suruh orang lain siapkan kerja kita. apa kita akan rasa kalau orang lain suruh kita buat kerja dia. mesti kita tak suka kan. tak pun kerja dia, dia nak ambil mudah ke. tiru kita ke. penat kita buat kan. kerja dia buat lah sendiri kan. ni kalau tanggungjawap kerja sekolah atau assignment ipta. hehe..tapi apa-apa tanggungjawap pun kalau kita buat tanpa usaha sendiri, memang tu kategori teruk lah..orang mesti tak suka punya. huhu

bila dah ada tanggungjawap tu, ikut mana pun ia memang akan jadi tanggungjawap kita. kalau kita tak buat kerja kita sekarang, lepas ni akan kena buat jugak. cuma buat awal siap awal, buat lambat siap lambat. terletak pada sikap individu itu sendiri..sampai bila kita nak harapkan orang lain tolong kita. diorang pun ada kerja diorang jugak. kalau selalu kita mintak tolong orang, lama orang tu pun tak suka. berpada-pada kalau nak minta tolong pun. nak dijadikan cerita, kerja kita, kita buat sendiri dan usaha sendiri. dah tanggungjawap kita kan...fikir fikir fikir..hehe =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Friday, May 20, 2011

pergi praktikal dapat 3 buffered earning..terima kasih nuffnang

10 comments:
hai readers..tajuk entry apakah ini. apa-apa pun jutaan terima kasih kepada Nuffnang kerana terus memberi kepercayaan kepada Fahmi Blog..Fahmi Blog dapat buffered earning (BE)  lagi..yang best sangat bukan satu..kelmarin saja dapat dua. ni FB bangun buka akaun nuffnang tambah lagi satu. semua sekali dalam minggu ni dapat tiga earning. sebelum ni ada dua. satu dah tamat. jadi sekarang empat BE yang FB ada. hehe..syukur...

tengok ni. hehe..bagi FB memang cukup luar biasalah dalam seminggu dapat tiga BE. tak pernah-pernah ni tau. tidak ada lima BE yang running tau. jadi metered satu. huhu. tapi bersyukur dah ni. hehe..tq nuffnang..

FB pun fikir lah, benda apa yang FB buat minggu ni sampai nuffnang bagi tiga BE dekat FB ni. bertuah sungguh lah rasa. masa tak dapat, susah sangat pula nak dapat. ni sekarang FB siap kerja lagi, aka praktikal. bukannya berejam-jam mengadap Fahmi Blog ni. lagi terbatas masa yang FB luangkan tau tak. nak dibandingkan sebelum praktikal, setiap masa mengadap. tak ada keja sikit je buka blog. hehe..tapi napa bila FB tak luangkan banyak masa, dapat BE ek? hehe..pergi praktikal dapat BE. hehehehe. lawak lawak..

tiga hari lepas FB ada hantar tiket dekat nuffnang. adakah ini salah satu sebab nuffnang bagi BE dekat FB. ada kemungkinan jugak kan. kalau kita rapat dengan mereka, mereka akan percaya lebih dekat kita. pendapat FB je lah. macam mengeratkan siratulrahim jugalah..hehehe..macam-macam lagi cara kita boleh berbaik dengan nuffnang. cuma tak tau saja. cuba search search tengok cara dan tips. mana nak tau ada..hehehe..harap-harap lepas ni lagi bertambah murah rezeki. ditambah rezeki praktikal pulak..pehhhh =) syukur Alhamdulillah...

Anda Baca Fahmi Suka~~

Thursday, May 19, 2011

ikhlas ke kerja overtime

4 comments:
Sumber Google Image

hai readers..ni baru FB leh bukak Fahmi Blog ni. malam je boleh buka. maklumlah kerja atau lebih sinonim sebagai praktikal untuk FB yang masih student lagi. hehe..siang mana ada masa bak buka blog..pagi keluar lewat petang baru balik. tapi hari ini FB nak cakap yang FB balik lambat sebab kerja. buat kerja lebih masa (overtime). tapi dapat elaun kerja OT lah. emm ikhlas ke ek FB ni kerja OT. ke sebab dapat elaun lebih.hehe..

ada ke orang yang sanggup kerja OT tanpa sebarang bayaran..kalau dia punya syarikat tak tahu lah. ikut mana pun, kerja tu kerja dia. mesti siapkan walau macamna cara sekalipun. suruh staf dia ke atau buat kerja sekali..hehe. kalau tidak syarikat bungkus atau kerja ditarik balik.hehe..kalau orang yang kerja dengan orang macamna ek. FB rasa semua orang yang kerja OT nak bayaran. sapa lah yang sanggup kerja buta-buta je kan. hehe..

kenapa orang selalu kerja overtime. satu sebabnya gaji berganda. betul tak. gaji overtime kadar dia mesti lebih tinggi dari gaji pokok punya. selalunya orang selalu buat overtime ni, gaji overtime diorang lebih tinggu dari gaji pokok tau. mana tak nya, kadar overtime ada yang 3 kali ganda, 5 kali ganda dari gaji biasa. kalau pekerja yang kerja gila-gila punya, mesti gaji dia macam dapat double gaji bulan-bulan. tapi satu je yang tak best. keluar kerja gelap(pagi), balik kerja gelap(malam). pergi gelap balik pun gelap. macam tak ada life lah pula kan..huhu..

rezeki tu datang dari tuhan. dekat mana-mana pun ada. tapi kita kena pandai lah cari peluang dan rajin. macam berblogging ni jugak lah. kita berblogging untuk apa. tak kan suka-suka je. mesti ramai yang nak cari pendapatan kan. walau tak pernak dapat dan susah nak dapat, orang berblogging jugak. sebabnya boleh dapat pendapatan. nak kata ikhlas berblogging tu ye, bukan tak ikhlas, tapi mesti ada tujuan lain di sebalik tu. macam kerja jugak.hehe

yang penting, kita kena rajin baru ada hasilnya. ikhlas ke tak, kena bagi ikhlas lah..apa-apa bidang yang kita, kita kena tau kita suka ke tak. dari situ kita akan tau kita ikhlas ke tak. dan selepas tu lihat hasilnya =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Monday, May 16, 2011

hari kerja dan hari cuti

2 comments:
Sumber Google Image

hai readers..hari ini ok ke? cuti kan hari ini. ada aktiviti apa hari ini..pada orang dah bekerja, mesti relax puas-puas kan. yang tak amibil cuti tu, kerja elok-elok k. dapat gaji triple kan. hehe. share sikit ye dengan FB..FB praktikal macam kerja jugak lah. hari ini cuti. yeyy..tapi bila dah cuti ni, rasa tak tahu nak buat apa lah pula. selamat ada GF..boleh gak teman FB ni. hehe..

bagi yang dah kerja lama tu, mesti rasa tak cuti pun tak apa. kan. rasa lebih baik tak payah cuti. simpan je cuti untuk hari-hari lain..untuk hari yang lebih memerlukan. ada juga pekerja yang tak ambil cuti sebab nak kerja overtime atau kerja dapat gaji ganda. yang ni pun satu hal. kalau time cuti public je, mesti kerja gila-gila punya. kalau boleh 24 jam, nak keja je 24 jam tu..gaji ganda tiga tu. triple..macam FB ni tak sampai lagi 2 minggu. nak kalau keja pun, macam keja amal lah. nak claim gaji keja lebih masa rasanya tak dapat kot..hahaha

bila kita dah keja ni, bila cuti je kalau tak ada rancangan apa-apa, mesti bosan plak. mesti rasa daripada duduk rumah tak buat apa-apa, baik kerja je. tu kalau hari cuti yang tak ada plan lah. kalau yang ada plan tu ok lah.hehe..tapi selalunya orang ramai akan guna secukup-cukupnya peluang cuti yang ada ni. pergi bercuti ke atau beriadah kat mana-mana. hehe..

jadi pada yang bekerja, apa aktiviti anda di masa cuti ni. tak kan duduk rumah je. tak best lah. seelok-eloknya kita pergi mana-mana untuk lepaskan penat dan tekana kerja tu. buang jauh-jauh benda ni. hari cuti hari untuk kita rehat  =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

My ShoutMix

Popular Posts