Thursday, January 20, 2011

Sg Gabai Water Falls..Jom..

21 comments:
Hai readers..kembali lagi..kali ini FB mahu berkongsi pengalaman tentang FB dan rakan-rakan pergi ke Sg Gabai water falls. Menyeronokan dan tenang berada di sana dengan alam fauna yang masih original. Sedikit info mengenai Sg Gabai water falls ini, ia terletak di Perkampungan kecil Hulu Langat, Selangor. Ia boleh sampai melalui Cheras atau Ampang. Selepas itu akan sampai Kg Pangsun dan boleh nampak signboard Sg Gabai Water Falls.

Tempat reakreasi ini sangat popular di sini kerana mempunyai daya tarikannya sendiri seperti air terjun dan  pakej mendaki. Semakin tinggi kita daki, semakin natural suasana di tempat kita berrehat itu.Bagi FB sendiri, ia satu tempat yang tenang untuk kita m'release tension kita. Untuk sampai ke air terjun, kita perlulah memanjat tangga. Selepas itu nikmatilah air terjun sepuas-puasnya.

 Tangga untuk pengunjung memanjat ke Puncak Gabai Falls

 Mari meluncur..ada bran?? satu tarikan di Gabai Falls yang pasti enjoy!!

 Rombongan rakyat rmh no.6 jalan pegaga, U12, Desa Alam ke Sg Gabai. plus Ayam yang bakal dibakar.

 Selamat Datang ke Sg Gabai.
Saya..Jom masuk kepada sesiapa yang nak follow

Puas!! RM1 sahaja. readers sekalian bila lagi??  Mari share pengalaman korang..Mana lagi best, pengalaman FB ke anda. Sharing2..

Wednesday, January 19, 2011

Justin Beiber Live In Malaysia (Kuala Lumpur) 21 April 2011

8 comments:
Hai readers. anda semua sudah dengar berita ke yang Justin Beiber nak datang Malaysia. Peminat-peminat dia mesti awal-awal lagi dah tahu. semestinyalah sebab ini berita baik buat peminat-peminat Justin Beiber. Penyanyi remaja ini yang dibawa oleh Tune Talk yang juga rakan kongsi AirAsia  Group. Penyanyi ini bakal mengadakan konsert pada 21 April 2011 di Stadium Merdeka.

Penyanyi yang berasal dari Canada ini yang popular dengan lagu "Baby", "One Time" bukan akan membuat persembahan di Kuala Lumpur, malah penyanyi ini turut akan menyanyi di Indonesia, Filipina serta Thailand. Yang pasti ini adalah kali pertama penyanyi ini mengadakan konsert di Asia Tenggara.

Peminat-peminat penyanyi ini pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dan akan menyerbu membeli tiket bagi ke konsert ini. Harga tiket adalah di antara RM100 hingga RM500. Tiket akan mula dijual pada 15 Jan 2011 di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur.

Tuesday, January 18, 2011

Jom photo shoot..

10 comments:
Hai readers.. entry kali ini adalah satu invitation untuk anda sekalian bersama-sama saya dan teman wanita saya menghasilkan gambar yang menarik. mengambil gambar serta melihat hasil gambar itu adalah bagi saya satu kepuasan tersendiri. teman wanita saya merupakan seorang photographer dan melaluinya saya belajar untuk kepuasan itu..kepakaran kita mengfokus serta mencari sudut yang betul merupakan asas utama untuk menghasil satu gambar yang baik..

Di sini saya mahu berkongsi hasil gambar saya bersama-sama teman wanita saya. menggunakan nikon D3100 boleh dianggap masih baru dalam bidang phography ini. tetapi model ini mampu menghasilkan gambar yang cukup berkualiti jika anda pandai menggunakannya.

 Gambar permandangan di tasik Taiping. Hijau...
 Ditangkap semasa berada di Perak dan di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.


Pantai Batu Feringgi
Kualiti camera yang tinggi. Objek dekat pun boleh di ambil gambar.

 Sapa punya kaki ni..

Baby ekal terkejut mama saudaranya mahu ambil gambar. 
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi gambar, anda boleh memaparkannya di blog masing-masing. sila tinggalkan link untuk saya menjejak anda semula.tq

Saturday, January 15, 2011

The Green Hornet (2011) - Sinopsis

14 comments:
Hai readers. Seperti yang anda lihat tajuk di atas, saya akan menceritakan mengenai filem terbaru Hollywood yang berada di panggung USA pada 14 Jan lalu dan dijangkan di tayangkan di Malaysia pada 27 Jan 2011 nanti in 3D dan tayangan normal pada 2 Feb 2011. Mari saksikan filem movie ini.
The Green Hornet diarahkan oleh Micheal Gondry dan watak-watak penting dilakonkan oleh Seth Rogen, Jay Chou, Cameron Diaz, Christoph Waltz and Edward Furlong. Ia adalah filem bergenre aksi dan klasifikasi filem ini PG13.
Sedikit ringkasan cerita ini di mana Britt Reid adalah seoarang anak kepada raja media LA yang menonjol dan dihormat. Ayahnya James Reid bersendirian membina syarikat medianya , tapi sayangnya gen rajin itu tidak ada pada BrittBrit Reid tidak bertanggung jawab, sering mabuk,  sangat suka berparti dan berfoya-foya sehingga ayahnya meninggaldunia secara misteri. Ia secara tidak langsung meninggalkan Britt empayar yang media yang luas.
Brit Reid telah terjumpa dengan salah satu pekerja ayahnya lebih rajin dan inventif Kato dan mereka berkawan baik dalam usaha memajukan empayarnya.  Mereka melihat peluang untuk melakukan sesuatu yang hebat untuk pertama kalinya dalam hidup mereka sekaligus untuk melawan kejahatan. Tidak lama selepas Britt belajar mewarisi perniagaan ayahnya, ia menempa nama dengan Kato, salah satu pekerja ayahnya yang sangat bijak. Meraka bersama-sama merancang untuk berlakon sebagai penjenayah untuk dekat dengan bandar paling tinggi penjahat. Kereta asal mereka dihancurkan dan mereka custom-made, The Black Beauty, dengan mengenakan teknologi dan persenjataan teknologi tinggi serta mereka duo bertopeng memacul di jalan yang di kenali The Green Hornet dan Kato.
Sebagai daya tarikan awam dengan pejuang kejahatan misteri tinggi sepanjang masa, setiausaha Britt's, Lenore Kes , membantu mereka untuk mengumpul maklumat di bawah pengaruh terkenal Benjamin Chudnofsky, seorang penjahat yang memegang seluruh kota ditangannya, dan mewakili semua yang ayah Britt miliki sebelum ini. Mereka mulai memburu Benjamin Chudnofsky tetapi Chudnofsky mempunyai rancangan sendiri dengan untuk melawan The Green Hornet dengan satu saja yang akan menamatkan mereka. 

Di sini saya sedia trailer filem ini. Jom saksikan.
So, untuk kepuasan diri sendiri, nantikan filem ini ditayangkan. Mari kita beramai-ramai pergi menontonnya. Kasi pecah panggung!!

Friday, January 14, 2011

Filem Khurafat (2011) - Sinopsis

9 comments:

hai readers..seperti yang anda sedia maklum, filem terbaru bertajuk Khurafat telah rancak ditayangkan di seluruh panggung wayang Malaysia. Ia bermula pada 13 Januari 2011 lepas. Filem khurafat ini bergenre seram yang di bawah penerbit Skop Production. Filem ini diarahkan oleh pengarah muda iaitu Shamsul Yusuf.

Filem ini berkisar tentang perjanjian manusia dengan syaitan yang sama sekali dilarang Islam. Antara barisan pelakonnya ialah terdiri dari pengarahnya sendiri iaitu Shamsul Yusuf. Lain-lain seperti Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Md Eyzendy, Fauziah Nawi.

Sedikit sinopsis dari sumber blogging menceritakan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan. Ia sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci Islam. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah serta disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).

* so, ada berani ke pergi menonton filem seram Khurafat ini. Mudah-mudahan kita lebih insaf selepas menonton cerita ini. Amin.

Thursday, January 13, 2011

Jom Masak bersama saya..

4 comments:
Hai readers...kembali bersama saya..hari ini saya nak berkongsi pengalaman dgn readers2 sekalian tentang pengalaman saya masak bersama housemate saya. memang macam tak gempak tapi bagi saya ini memang menyeronokkan tambah-tambah masak beramai2 dan pakat2 makan..hehehe..

Hidup membujang macam ni lah..semua benda kena uruskan sendiri. makan minum cari sendiri je. kalau nak harap mama saya, memang lambat lagi lah nak merasa masakan mama. cuti lambat lagi.huhu..tapi masa sekarang lah kita nak enjoiy dgn kawan-kawan kita, buat aktiviti beramai-ramai. nanti bila dah sibuk kerja, nak masak pun xsempat. tambah-tambah orang lelaki macam saya ni..huhuhu

recipi apa yang kami masak mesti menjadi tanda tanya kan..masa ni kami masak berjenis-nenis lauk jugak lah..haha..macam banyak je..nasik gorang, ayam goreng, telur goreng. hahaha..semua jenis gorang..oklah tu..asalkan boleh makan dan kenyang..hehehe..
ok sekarang saya nak tunjuk gambar-gambar saya dan kawan saya memasak..hehehe

Housemate saya.. di dapur masa ni..baru nak memulakan aktiviti memasak..hahhaha


Ketua Chef..dia memang pandai masak..tanyalah apa jenis makanan nak makan, pasti dia boleh sedia kan.. *tengok badan arr..barang keperluan uyk memasak..bukan ni je tau..dalam peti ais ada lagi..hehehe

Chef tengah menggoreng ayam goreng. ayam goreng berempah..hahhaha..terangkat bila rasa ayam ni..glurppp..
that's me..mr mie mr fahmi..tengaok baju lah..ME...tengah masak..masak ke..hahhaha..
*masak memasak,,masak lah kau..

so, nak cuba rasa ke recipi kitaorang ni..pasti puas hati..hehehehe

Tuesday, January 11, 2011

HTC Mobile Phone - HD2 Overview

2 comments:


Hai readers..back wif my gadget..topic kali ini ialah utk membincangkan smartphone HTC HD2. HTC HD2 memberikan pengalamanyg berbeza dari mengguna smartphone yg lain. Size screen yg besar iaitu 4.3 inci memberikan kejelasan setra keterangan pixel yg sangat mempersonakan. Ia smartphone pertama di dunia dengan teknologi tonch capacitive dalam telefon Windows bersama-sama dengan 1 kekuatan pemprosesan GHz memastikan respon yang halus dan kilat untuk sentuhan ringan di jari kita.

HTC HD2 merupakan smartphone yg exclusive serta nampak elegan bila menggunanya. Antara fungsi utama yg nampak mempersonakan di dalam HDC ini ialahciri-ciri penting seperti mel, kalendar, message dan lain2.Selain itu, HDC tidak hanya sebagai telefon bitbit bahkan sebagai teman kita. Ia memberikan kita lagu serta muitimedia yang boleh di update. Jam automatik update ke masa tempatan di mana-mana anda berada. Anda boleh melihat suhu luar dan cuaca sekilas. Dan, jika anda memilih wallpaper cuaca, anda akan mendapat animasi manusia yang membolehkan anda hampir merasa sinaran matahari atau dingin angin.

Dengan HTC HD2, komunikasi difokuskan di sekitar orang sehingga semua interaksi anda seperti e-mel, SMS, telefon log, dan bahkan update dari Facebook semua dalam satu tempat.Ciri-ciri tambahan yg lain ialah tahap kelantangan dering yang boleh di ubah ketika telefon mengesan bahawa anda telah mengangkatnya, atau paparan yang secara automatik menyesuaikan di sekitar anda dan mematikan untuk mengelakkan sentuhan skrin palsu semasa panggilan.

Selain itu, HTC HD2 dibina untuk kawalan sentuh jari. Memperbesar dan memperkecil dokumen, laman web, gambar atau e-mel hanya dengan menyentuh. Skrin yang direka ini membolehkan anda dengan mudah menyesuaikan tetapan, membuat janji kalendar, menelusuri foto, dan mengemudi melalui menu hanya dengan sentuhan jari.

Untuk camera, HTC HD2 mempunyai 5 megapiksel auto-fokus kamera yang sempurna untuk menangkap keindahan alam luar, digabungkan dengan dual LED flash ini juga ideal untuk mengambil gambar dalam keadaan malap.

So, HDC HD2 mempunyai cirri-ciri hebat yang nyata berbeza dengan smartphone yang lain. Anda yang berminat harus cuba memilikinya untuk kepuasan sendiri.

Fasha Sanda Berbikini

15 comments:
Tengok tajuk entry di atas mesti pasni nak tahu sgt2 kan..ni topic hot tau.. berita panas mesti cepat tersebar..perrggh..hehe..


nampak x..ni cita sensasi terbaru ni..mesti kontroversi punya lah..menurut sumber, gambar ni diambil semasa Fasha Sanda sedang bercuti di Bali bersama-sama kawannya. patut seksi pon,, tepi pantai rupanya..ala2 mat saleh gitu..hahahha..percutian mereka semasa hujung tahun 2010 hingga awal tahun 2011. *mungkin bercuti nak sambut new year..hehe



apa yg pasti fasha sanda memulakan tahun baru dgn cerita yg agak kontroversi. wartawan mesti kalut buat kerja sekarang. telefon fasha sanda confirm2 xbhenti ada org call..haha..
Menurut Fasha, gambar2 dia berbikini dgn tiga rakannya telah diupload oleh kawannya yang hanya dikenali sebagai Syazwani dalam Facebook ketika bercuti di Bali baru-baru ini..dan fasha sendiri telah mengaku dan melahirkan rasa kesal atas apa yg dilakukannya itu..

*rasanya masuk Melodi ni..hahhaaha

so, komen2..panas ke sejuk ke komen je..

Tuesday, January 4, 2011

Cuti Semester Pelajar IPTA Di Selaraskan.

21 comments:

Hai readers..ada dengar berita gempak x ek..hehehehe..ni saya ada info terbaru utk pelajar ipta yg masih lagi mnuntut di IPTA masing2. dengar cita Menteri Pelajaran telah mengkaji dan mnyelarasankan sesi pembelajaran IPTA dgn Universiti seluruh dunia. Penyelarasan ini dijangka bermula pada semester depan.

So, cuti semester akan datang akan menjadi 4 bulan..wah lamanya!!
tempoh cuti asal selalunya hanya 2 bulan atau berakhir pada bulan 7. penyelarasan ini adalah utk menyelaraskan cuti yg akan berakhir pada bln 9..Di samping tu, hari raya aidilfitri dijangka jatuh pada 31ogos 2011. so, mungkin sesi baru bagi students ipta bmula sminggu selepas itu..tapi bukan utk tahun 2011 je k..utk selamanya shingga rule lain ditetapkan..hehehe..Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014...

Emmm berita penyelarasan cuti semester ini nampak sudah pasti setelah berita ini dipaparkan di tv3 yg mengatakan penyelarasan ini akan di jalankan. akan tetapi kita perlu tunggu dan lihat apa yang akan di maklumkan selepas ini..sabar k..hahha..Penyelarasan ini akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.
Tujuan pihak kementerian berbuat begini mungkin adalah utk menyelaraskan dan mnyeragamkan dgn universiti di seluruh dunia. di samping itu di dlm universiti di malaysia, mungkin adalah utk kesenangan semua students utk pulang apabila di musim perayaan dan sebagainya..

Bagi saya sbg pelajar UiTM thn akhir, agak terkilan sbb kalau boleh saya nak habiskan study saya secepat yang mungkin.buat mcmni mcm dah delay semester akhir saya..huhuu..
so, sekarang korang setuju ke xsetuju penyelarasan ini dijalankan?? adakah memberi manfaat kpd kita..??

Monday, January 3, 2011

Nokia E7 - Terbaru dari Nokia

4 comments:

Hai readers..back again wif me my Gadget..hehhe..today saya akan discuss about nokia E7..Nokia E7 adalah smartphone terbaru dari nokia yang dijangka berada di pasaran pada suku pertama tahun 2011..Nokia E7 ini dilengkapi dgn teknologi baru iaitu Microsoft Exchange ActiveSync yg bertindak mnyediakan akses secara langsung dan selamat untuk inbox e-mel. Antara personal aplikasi baru yang lain ialah membolehkan user utk lihat dan edit fail Microsoft Office..

Mesti ramai yang ternanti smartphone ini kerana ia dijanjikan banyak teknologi baru yang telah di perbaharui bagi menyaingi rival2 nokia..Nokia E7 memiliki ciri-ciri seperti 8 mega pixel kamera, foto berkualiti tinggi & video, 16 juta warna, kesambungan WiFi, memori dalaman 16GB, disokong oleh prosesor 80MHz dan beratnya hanya 176 g.
Nokia
E7 juga mempunyai high speed connection seperti Sambungan HSDPA dan GPS. Alat terbaru ini mempunyai ciri-ciri lain seperti pengesanan wajah, geotagging, rakaman video berkualiti tinggi 720p. Nokia berjalan pada Symbian ^ 3 sistem operasi.

Jika nak dibandingkan
dgn Nokia N97 mini dan E90, yang E7-00 mempunyai multitouch capacitive touchscreen
. Selain itu, E7-00 mempunyai Diod pemancar cahaya organik (OLED) teknologi clearblack dengan resolusi sedikit lebih rendah daripada E90.

So, ni lah gadget terbaru ddari nokia..ada lagi info sebenarnya yg belum di update..nak tahu lbh lanjut kena lah dapat kan 1 nokia E7 ni..hhahaha..see ya..

Kembali ke Sekolah...

4 comments:

haiiii3 readers...hhehee...lamanya xupdate blog..menyepi seketika..tapi saya ada sbb menyepikan diri.bukan nya apa, line intenet mie xsambung lagi ni. Saya pindah rmh so kena lah tukar alamat line tu..nak x nak kena tunggu jugak lah line stremyx tu nak disambungkan balik..huhu

ok..back to topic asal..tengok tajuk mesti pikir pasal sekolah kan..memang betul skang tgh time kembali ke sekolah utk pelajar2 sekolah, tapi utk saya sekolah tu ialah UiTM..hahahhaha...
cuti dah abis so kena lah balik Shah Alam masuk sem baru..huhu..tapi tinggal lagi 2 sem lagi je ni..sronok nye...bes2..

So, ni entry kempen kembali ke sekolah k..haha..jangan salah faham tau..Utk pelajar UiTM,,selamat kembali ke UiTM masing2 k..maju lah UiTM utk KITA..hahahahha..

My ShoutMix

Popular Posts