Thursday, January 20, 2011

Sg Gabai Water Falls..Jom..

21 comments:
Hai readers..kembali lagi..kali ini FB mahu berkongsi pengalaman tentang FB dan rakan-rakan pergi ke Sg Gabai water falls. Menyeronokan dan tenang berada di sana dengan alam fauna yang masih original. Sedikit info mengenai Sg Gabai water falls ini, ia terletak di Perkampungan kecil Hulu Langat, Selangor. Ia boleh sampai melalui Cheras atau Ampang. Selepas itu akan sampai Kg Pangsun dan boleh nampak signboard Sg Gabai Water Falls.

Tempat reakreasi ini sangat popular di sini kerana mempunyai daya tarikannya sendiri seperti air terjun dan  pakej mendaki. Semakin tinggi kita daki, semakin natural suasana di tempat kita berrehat itu.Bagi FB sendiri, ia satu tempat yang tenang untuk kita m'release tension kita. Untuk sampai ke air terjun, kita perlulah memanjat tangga. Selepas itu nikmatilah air terjun sepuas-puasnya.

 Tangga untuk pengunjung memanjat ke Puncak Gabai Falls

 Mari meluncur..ada bran?? satu tarikan di Gabai Falls yang pasti enjoy!!

 Rombongan rakyat rmh no.6 jalan pegaga, U12, Desa Alam ke Sg Gabai. plus Ayam yang bakal dibakar.

 Selamat Datang ke Sg Gabai.
Saya..Jom masuk kepada sesiapa yang nak follow

Puas!! RM1 sahaja. readers sekalian bila lagi??  Mari share pengalaman korang..Mana lagi best, pengalaman FB ke anda. Sharing2..

Wednesday, January 19, 2011

Justin Beiber Live In Malaysia (Kuala Lumpur) 21 April 2011

8 comments:
Hai readers. anda semua sudah dengar berita ke yang Justin Beiber nak datang Malaysia. Peminat-peminat dia mesti awal-awal lagi dah tahu. semestinyalah sebab ini berita baik buat peminat-peminat Justin Beiber. Penyanyi remaja ini yang dibawa oleh Tune Talk yang juga rakan kongsi AirAsia  Group. Penyanyi ini bakal mengadakan konsert pada 21 April 2011 di Stadium Merdeka.

Penyanyi yang berasal dari Canada ini yang popular dengan lagu "Baby", "One Time" bukan akan membuat persembahan di Kuala Lumpur, malah penyanyi ini turut akan menyanyi di Indonesia, Filipina serta Thailand. Yang pasti ini adalah kali pertama penyanyi ini mengadakan konsert di Asia Tenggara.

Peminat-peminat penyanyi ini pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dan akan menyerbu membeli tiket bagi ke konsert ini. Harga tiket adalah di antara RM100 hingga RM500. Tiket akan mula dijual pada 15 Jan 2011 di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur.

Tuesday, January 18, 2011

Jom photo shoot..

10 comments:
Hai readers.. entry kali ini adalah satu invitation untuk anda sekalian bersama-sama saya dan teman wanita saya menghasilkan gambar yang menarik. mengambil gambar serta melihat hasil gambar itu adalah bagi saya satu kepuasan tersendiri. teman wanita saya merupakan seorang photographer dan melaluinya saya belajar untuk kepuasan itu..kepakaran kita mengfokus serta mencari sudut yang betul merupakan asas utama untuk menghasil satu gambar yang baik..

Di sini saya mahu berkongsi hasil gambar saya bersama-sama teman wanita saya. menggunakan nikon D3100 boleh dianggap masih baru dalam bidang phography ini. tetapi model ini mampu menghasilkan gambar yang cukup berkualiti jika anda pandai menggunakannya.

 Gambar permandangan di tasik Taiping. Hijau...
 Ditangkap semasa berada di Perak dan di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.


Pantai Batu Feringgi
Kualiti camera yang tinggi. Objek dekat pun boleh di ambil gambar.

 Sapa punya kaki ni..

Baby ekal terkejut mama saudaranya mahu ambil gambar. 
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi gambar, anda boleh memaparkannya di blog masing-masing. sila tinggalkan link untuk saya menjejak anda semula.tq

Saturday, January 15, 2011

The Green Hornet (2011) - Sinopsis

14 comments:
Hai readers. Seperti yang anda lihat tajuk di atas, saya akan menceritakan mengenai filem terbaru Hollywood yang berada di panggung USA pada 14 Jan lalu dan dijangkan di tayangkan di Malaysia pada 27 Jan 2011 nanti in 3D dan tayangan normal pada 2 Feb 2011. Mari saksikan filem movie ini.
The Green Hornet diarahkan oleh Micheal Gondry dan watak-watak penting dilakonkan oleh Seth Rogen, Jay Chou, Cameron Diaz, Christoph Waltz and Edward Furlong. Ia adalah filem bergenre aksi dan klasifikasi filem ini PG13.
Sedikit ringkasan cerita ini di mana Britt Reid adalah seoarang anak kepada raja media LA yang menonjol dan dihormat. Ayahnya James Reid bersendirian membina syarikat medianya , tapi sayangnya gen rajin itu tidak ada pada BrittBrit Reid tidak bertanggung jawab, sering mabuk,  sangat suka berparti dan berfoya-foya sehingga ayahnya meninggaldunia secara misteri. Ia secara tidak langsung meninggalkan Britt empayar yang media yang luas.
Brit Reid telah terjumpa dengan salah satu pekerja ayahnya lebih rajin dan inventif Kato dan mereka berkawan baik dalam usaha memajukan empayarnya.  Mereka melihat peluang untuk melakukan sesuatu yang hebat untuk pertama kalinya dalam hidup mereka sekaligus untuk melawan kejahatan. Tidak lama selepas Britt belajar mewarisi perniagaan ayahnya, ia menempa nama dengan Kato, salah satu pekerja ayahnya yang sangat bijak. Meraka bersama-sama merancang untuk berlakon sebagai penjenayah untuk dekat dengan bandar paling tinggi penjahat. Kereta asal mereka dihancurkan dan mereka custom-made, The Black Beauty, dengan mengenakan teknologi dan persenjataan teknologi tinggi serta mereka duo bertopeng memacul di jalan yang di kenali The Green Hornet dan Kato.
Sebagai daya tarikan awam dengan pejuang kejahatan misteri tinggi sepanjang masa, setiausaha Britt's, Lenore Kes , membantu mereka untuk mengumpul maklumat di bawah pengaruh terkenal Benjamin Chudnofsky, seorang penjahat yang memegang seluruh kota ditangannya, dan mewakili semua yang ayah Britt miliki sebelum ini. Mereka mulai memburu Benjamin Chudnofsky tetapi Chudnofsky mempunyai rancangan sendiri dengan untuk melawan The Green Hornet dengan satu saja yang akan menamatkan mereka. 

Di sini saya sedia trailer filem ini. Jom saksikan.
So, untuk kepuasan diri sendiri, nantikan filem ini ditayangkan. Mari kita beramai-ramai pergi menontonnya. Kasi pecah panggung!!

Friday, January 14, 2011

Filem Khurafat (2011) - Sinopsis

9 comments:

hai readers..seperti yang anda sedia maklum, filem terbaru bertajuk Khurafat telah rancak ditayangkan di seluruh panggung wayang Malaysia. Ia bermula pada 13 Januari 2011 lepas. Filem khurafat ini bergenre seram yang di bawah penerbit Skop Production. Filem ini diarahkan oleh pengarah muda iaitu Shamsul Yusuf.

Filem ini berkisar tentang perjanjian manusia dengan syaitan yang sama sekali dilarang Islam. Antara barisan pelakonnya ialah terdiri dari pengarahnya sendiri iaitu Shamsul Yusuf. Lain-lain seperti Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Md Eyzendy, Fauziah Nawi.

Sedikit sinopsis dari sumber blogging menceritakan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan. Ia sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci Islam. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah serta disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).

* so, ada berani ke pergi menonton filem seram Khurafat ini. Mudah-mudahan kita lebih insaf selepas menonton cerita ini. Amin.

My ShoutMix

Popular Posts