Thursday, November 10, 2011

Aum! aum! aum! kembali kedengaran..Harimau Malaya Bangkit

Gol Kemenangan Menentang Thailand yang di jaringkan Izzaq Faris Ramlan
Sumber Google Image

Hai readers..jom aum aum ramai-ramai. yelakan sejak Malaysia tundukkan Thailand 2-1 rabu lepas, semangat bola sepak Malaysia naik balik tau.. misi nak mempertahankan pingat emas tak lagi mustahil.

emm tapi apa yang FB tak puas hati sangat, Kumpulan A yang termasuk Malaysia ni, punyalah susah. memang maut lah. mana taknya, semua gergasi Asia Tenggara. Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura..Kumpulan B pula hanya Vietnam, Filipina, Laos, Myanmar. biasa ja kan.. tu lah, nama pun undian..terima je lah..

Sekarang Malayasia dah empat mata hasil perlawanan dengan Singapura dan Thailand. tiga mata lagi mungkin ada di tangan dengan lawan seterusnya ialah Kemboja. atas kertas memang nampak mudah tetapi kita tak boleh  pandang mudah gak..hehehe.apa-apa pun ayuh Harimau Malaya...lepas Kemboja tuan rumah Indonesia plak. yang ni memang perlawanan genting. kalau menang dengan Kemboja, seri pun jadilah dengan Indon.. tapi harap-harap Thailand vs Singapura seri juga.hahaha..

Dapat jadi naib juara kumpulan pun tak apa dah..kalau juara kumpulan, mesti jumpa Vietnam, lawan yang dah tiga kali kalahkan Malaysia di separuh akhir pada edisi lepas. bukan takut tapi kalau laluan ke Final senang, fokus untuk perlawanan Final boleh fokus lebih sikit. betul tak..

Apa yang FB boleh cakap, ayuh Harimau Malaya. tunjukkan belang harimau kita tu..Malaysia Boleh!!   jangan lupa tengok siaran langsung Malaysia vs Kemboja Ahad ni, 13/11/11..Aum! aum! aum!

No comments:

My ShoutMix

There was an error in this gadget

Popular Posts