Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan datang kembali - Selamat Berpuasa

5 comments:
hai readers..bulan ramdhan akan menjelma tidak lama lagi. bermula malam ni jemaah Islam pasti berpusu-pusu ke masjid untuk solat terawih. harap-harap korang yang baca ni pun sama ye. hehehe..Selamat menyambut bula ramadhan FB ucap kan dan Selamat Berpuasa..hehehe

berblogging berblogging jugak. tapi kita kena ingat, time bulan ramadhan ni lah kita kena pertingkatkan amalan-amalan ibadat kita. sebagaimana bertungkus lumusnya kita berblogging, macamtu jugak lah kita kena beramal ibadat. hehehe..

malam ni mari kita meramaikan masjid k untuk solat terawoh. lepas tu kita tidur awal sebabnya yang pasti kita kena bangun awal untuk bersahur. sebelum tidur jangan lupa niat k. kepda sesiapa yang lupa ni FB nak peringat..Lafaz niat puasa Ramadhan ialah

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 

untuk niat sebulan ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Salam Ramadhan dari FB =) Selamat Berpuasa. jangan ponteng puasa ye dan selamat beramal =)

Wednesday, July 27, 2011

Misi hidup mati Malaysia vs Singapore

No comments:
 Sumber Google Image

Hai reader..hari ini skuad bola sepak negara kita akan bertemu dengan Singapura. korang tak rasa bahang kehangat perlawanan ini ke? perlawanan ini memang misi hidup mati skuad Malaysia yang sekarang ketinggalan 2 jaringan kepada Singapura. kepada yang masih blur kebingungan lagi, skuad Malaysia kita tewas 3-5 semasa 1st leg tempoh hari. jadi, walau macamna sekali pun Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 untuk layak ke pusingan seterusnya.

Situasi macamni pasti memberi tekanan yang tinggi kepada skuad negara kita..apa-apa pum tahniah buat penyokong kerana sebanyk 85000 tiket sudah habis dijual setakat tengahri semalam. dengan sokongan padu penyokong Malaysia, tak mustahil Malaysia akan memadamkan defisit 2 gol itu..

Ketiadaan Kapten Syafiq Rahim amat dirasai kerana midfielder kreatif kita ini dilayangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini. pun begitu, pengganti yang tidak kurang hebatnya iaitu Ismail Faruqi pasti akan melenyapkan nasib malang ini kerana midfielder Terengganu ini telah menunjuk prestasi yang memberangsangkan pada perlawanan 1st leg tempoh hari.. ditambah penyerang berbisa Malaysia Safee Sali, bahagian tengah hanya perlu kreatif dan menguasi kawalan bola untuk menghantar ke penyerang berbisa kita.

Siapa yang akan menjadi Kapten Malaysia masih menjadi tanda tanya. dengan kembalinya pertahanan Aidil Zafuan dari kecederaan, peranan kapten mungkin digalas beliau. pun begitu Safee Sali juga antara pemain yang dilihat bakal memakai lilitan kapten itu setelah menunjukkan sikap pemimpin pada perlawanan tempoh hari. dengan ketajaman beliau, beliau layak untuk dijadikan ketua pasukan Malaysia yang mengatakan perlawanan kali ini adalah perlawanan terbesar dalam karier beliau.

Apa-apa pun. berjuanglah habis-habisan. harap-harap dapat layak ke pusingan seterusnya. yang penting 2 gol dan disiplin mesti tinggi.. Malaysia Boleh!! hidup Malaysia!!

Sunday, July 24, 2011

Pembunuhan beramai-ramai di negara aman Norway

4 comments:

Salah satu kawasan di Norway
Sumber Google Image

hai readers..kepada yang masih belum tahu lagi berita pasal tragedi di Norway, ni FB nak info kat korang. tragedi ni amat-amatlah menggemparkan rakyat Norway dan seluruh dunia kerana Norway ni boleh dikatakan negara aman lah didunia ni. kira ranking lebih kurang dengan Malaysia amannya.. huhu

tragedi yang meragut kira-kira 92 orang dipercayai  berpunca dari peladang anti-Islam. peladang je kan. dengar macam tak amasuk akal pun ada tapi ni serius tau..agak mengejutkan yang suspek ni baru berusia 32 tahun dan digambarkan sebagai tinggi serta berambut perang.. lelaki ini yang lengkap bersenjata melepaskan tembakan pelbagai arah di kem remaja tajaan perti pemerintah Norway menyebabkan orang ramai lari ke arah hutan pulau Utoeya, dalam bangunan dan ada cuba berenang..memang saat-saat ni macam jantung nak tercabut atau nak menangis sekuat-kuatnya..cuba bayangkan..

Pulau Utoeya
Sumber Google Image

ini adalah serangan terburuk di eropah sejak pengeboman stesen keratapi di Madrid pada 2004..polis sudah berjaya menahan suspek dan menemui bom yang masih belum diletupkannya. menurut rakan suspek, suspek ni beragama Kristian yang sering meluahkan pandangan anti-Islam dan menentang keras dasar kepelbagaian budaya. suspek dipercayai salah seorang kumpulan pelampau sayap kanan dimana kumpulan ini sudah berkembang di Norway dan beberapa bahagian di utara eropah berikutan isu penghijrahan imigran..

rakyat Norway dinasihatkan tidak pergi ke bandar Oslo bagi mengelak kejadian..*sumber berita harian. kalau nak tahu lebih lanjut, korang search norway massacre. hehehe..dan jangan lupa berdoa agar negara kita terus aman dan tenteram =) 

Peace No War.. Anda Baca Fahmi Suka~~

Thursday, July 21, 2011

ghairah mahu lakukan sesuatu...

2 comments:
hai readers..pernah berasa ghairah. kalau yang tak pernah rasa ghairah tu, mungkin tak normal kot. ghairah ni macam-macam cara ada. jangan berfikiran bukan-bukan pula ye. ghairah yang FB cuba nak sampaikan ialah tentang sesuatu yang kita buat. pernah korang rasa tersangat-sangat ghairah melakukan sesuatu..bila kita dah ghairah tu, mesti lagi-lagi nak buat kan..

ghairah melakukan sesuatu ni mesti ada balasannya. kita tak kan terasa terlalu taksub kalau tiada apa yang kita akan dapat. bila dah ghairah tu, silap-silap seseorang tu lupa abis segalanya. minta kat FB jangan lah jadi camtu. berbloggimg ni pun dah cukuplah. buat berblogging berjam-jam sampai sanggup tak makan tak sembahyang pun susah jugak. ada benda lebih penting lagi yang perlu kita buat. tapi ghairah yang FB cakap ini bukan berblogging je. banyak lagi tu..ada yang sampai mati pun ada..haishhh..

apa yang Fb boleh cakap, biarlah ada faedah benda yang kita ghairah sangat nak buat tu. ni kalau ghairah hisap dadah, tu kira ghairah nak mati lah tu. kalau ghairah berblogging ke tengok bola ke main game ke, janganlah sampai orang tak suka kat kita pula. hehehe..macam bagi ceramah pulak kan. so sekarang,, ghairah lah anda sampai temui benda yang anda cari..hahahahaha..merapu =p

Wednesday, July 20, 2011

Penentu status bola sepak Malaysia - Malaysia vs Singapura Kelayakan Piala Dunia

17 comments:

hai readers..sihat? yela sekarang ni kan cuaca panas. mesti orang pakat ramai yang demam( lorat Kedah). nak tidur malam  susah.berpeluh-peluh dibuatnya. biasalah rumah tak ada aircond..pastu ditambah pula udara tak berapa nak bersih.Bersih? sensitif tuuu..hahaha..maksud FB udara sekarang agak kotor atau jerebu.. adoiii..kena mengena apa dengan semua ni...ini demam lain lah..hahaha

ini demam bola sepak Malaysia lah. bola sepak Malaysia sekarang tengah demam panas ni. korang tak demam jugak ke. demam kura ke demam kepialu ke.haha..FB baru ja lepas baik demam ni. yela Malaysia vs Arsenal dan Liverpool baru ja habiskan..tapi kali ini lebih dasyat. perlawanan Malaysia yang lebih bermakna dan penentu status bola sepak negara kita. bukan setakat demam lah. tak tahu nak cakap macamna.hehehe..

so sebagai rakyat Malaysia, mari kita tunjukkan rasa cinta terhadap negara kita.  jom pakat serbu stadium tengok Malaysia vs Singapura. pakai baju kuning tau. jangan pakai baju kelab-kelab lain pula. tergadai ooo maruah..hahahha..ada ke patut pergi tengok Liverpool vs Malaysia pakai baju Liverpool..haishhh...tapi for sure lah lawan Singapura nanti semua pakai baju Kebanggan Malaysia. hehehe..tapi Kuning ke Biru???


tak kisahlah baju kuning ke biru ke, janji kita pakai masa dekat Stadium National kebanggan kita Bukit Jalil.. lupa sekejap tuah baju biru dan tuah baju kuning.janji bukan baju putih merah OK!!. apa yang penting sekarang semangat kita untuk menyokong bola sepak negara kita tu naik macam sokong kelab EPL sesemangat FB sokong Arsenal..hahahha..

kepada yang masih tidak tahu aka blur mengenai perlawanan Malaysia vs Singapura, mai FB nak story sikit. pada 23 dan 28hb Julai ini merupakan perlawanan kelayakan piala dunia pusingan ke-2. dekat Singapura 23hb manakala di stadium keramat kita 28hb iaitu hari khamis. mudah-mudahan kejayaan menyebelahi kita dan lepas tu bulan puasa selamat berehat selamat berpuasa Harimau Malaya.hehehe

untuk penyokong Malaysia, persediaan yang kita perlu buat tak seteruk skuad bola sepak kita. training ke apa ke tak perlu semua tu.. kita hanya perlu penuhkan stadium je. bagi gamat dan gerun sikit kat Singapura..hahahaha..mcmna nak penuhkan kita hanya beli tiket yang berharga RM30 untuk free sitting atau RM50 untuk Grandstand. tiket boleh didapati di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam dua hari sebelum perlawanan bermula..penuh macamni boleh takkk??? hahahha


mudah-mudahan Malaysia menang pastu bolehlah berangan-angan untuk layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil..hahahhaha. Aminnnn

entry ke-100 untuk tahun 2011 - agak mengecewakan

No comments:
        Sumber Google Image

hai readers..hari ini FB nak memaklumkan dan meraikan entry yang ke-100 untuk tahun 2011 dan inilah entry nya. akan tetapi tiada apa untuk diraikan kerana bagi FB pencapaian ini agak mengecewakan. yelah..sekarang sudah memasuki julai dah pun. 100 entry tu biasa sangat lah kan. bagi blogger tegar, bulan julai rasanya dah 500 entry kot. Fahmi Blog ni biasa-biasa sahaja. kepada sesiapa yang mengharap lebih dari blog yang tak seberapa ini, maaflah ye. tapi terus terang FB cakap,  blog ni bukan cerita, bukan berita atau bukan hiburan untuk korang yang nak cari sesuatu dekat dunia intenet ni. tapi kalau tersinggah Fahmi Blog ni, singgah-singgah lah ye pastu..hehehhehehe..so akhir kata, tq BLOGGER tq NUFFNANG!!!!

Friday, July 15, 2011

Bercuti di Pantai Keracut Penang

5 comments:
hai readers..hari ini ok ke. tak tension ke.haha..macamna kerja. kalau tekanan tu seeloknya keluar bercuti atau rehat kat mana-mana. hilangkan tekanan yang semakin naik mencacak tu. hahaha..ni FB nak story sikit pasal percutian FB. percutian ke. pergi hari balik hari je.hehe..destinasi percutian FB ialah di Pantai Keracut Pulau Pinang.

tempat ni masih dara lagi. tak diganggu makluk-makluk yang tak dijemput. memang tenang disini. sesuai sangat untuk sesiapa yang hendak memancing, berkhemah atau mandi laut. ada dua cara nak datang ke Pantai Keracut ni, satu jalan merentasi bukit dari batu Feringgi dan dua naik bot. tapi naik bot ni kena bayarlah.huhu..jom2 tengok gambar-gambar ni =)

                                         everybody look to left..everybody look the right..

                                                     ni lah namanya Pantai Keracuttttt....
    
                                                             Naik bot jom........

                                                            Atas bot ni..hehehehe...

taknak naik bot jungle tracking lerr..hehehe

Thursday, July 14, 2011

Arsenal Asia Tour 2011 - Malaysia XI and China

2 comments:
hai readers..minat bola tak. kepada peminat EPL terutama peminat Arsenal, FB nak tanya ni, korang pergi tak tengok game Arsenal vs Malaysia. yang pergi tu mesti best kan. yang tak pergi tu rugi oooooo..hahaha..ramai star Arsenal datang. Robin Van Persie, Samir Nasri, Theo Walcott, Jack Wilshier dan ramai lagi.hehe..FB puas gila dapat tengok cara diorang main bola. buat masa sekarang Malaysia agak jauh ditinggal Arsenal.hehehe..maaf ye..

keputusan Arnal vs Malaysia ialah 4-0. pasti semua orang dah tahu kan. sebagai rakyat Malaysia, mestilah FB sedih plus kecewa. tapi nak buat camna kan. memang Arsenal tu terer. hahahha..tahniah kepada penyokong Arsenal yang hadir ke Stadium Bukit Jalil. memang ramai lah. hamipr 70000 peminat arsenal dayang membanjiri stadium. bangga gila FB dapat jadi salah seorang peminat arsenal. hehe..ni jom enjoy sikit gambar FB semasa di stadium Bukit Jalil a.k.a masa tu Stadium Emirates.hehehe

  Result Arsenal vs Malaysia..huhuhuhu..Mana satu ni nak sokong!! minat Arsenal tapi Negara tak leh dilupakan..

  Arsenal Forever!!!

                                                           Three different Arsenal home Kits

                                                                     Hidup Arsenal!!

                                                          We are Gunners Die Hard Fan!!

                                                 dah tahu sapa yang akan menang..hahahaha


                               Season depan Arsenal Champion EPL!!!hahahahah..

     

Saturday, July 9, 2011

BERSIH...

2 comments:
Sumber Google Image

hai readers..Bersih? perkataan yang selalu disebut sejak-sejak ini. apakah makna disebalik bersih ini. tak boleh main cakap je. sensitif tinggi masa-masa sekarang ni. so, no comment..hahaha

Thursday, July 7, 2011

Keputusan Undian Kelayakan Malaysia - Olimpik London 2012

1 comment:
hai readers..sekarang ni demam bola sepak Malaysia menjelma balik. petanda kebangkitan Malaysia semakin dirasai. sekali dengan FB rasa.hahha..mana taknya, pasukan olimpik layak ke pusingan kelayakan top 12, pasukan piala dunia masuk ke pusingan ke-2 kelayakan sejak sekian lama..dan yang paling best, 3 gergasi bola sepak English Premier League (EPL) akan bertandang ke Malaysia untuk bertemu dengan Malaysia. tak ke hebat ke namanya.hahaha..

macam lari tajuk pula kan..emm readers tengok tak game Malaysia lawan Lebanon. kalau tak tengok agak rugilah. memang mendebarkan. ingat Lebanon tu calang-calang pasukan ke. beza ranking dengan Malaysia, Lebanon tinggal Malaysia jauh tu.huhu..tapi tak apa, yang penting sekali Malaysia berjaya tewaskan mereka dengan aggregate 2-1. hahaha..tahniah buat pasukan olimpik Malaysia. confirm nanti FB pergi tengok games Malaysia di Bukit Jalil..hahahah..

Sumber Googel Image

dah tengok ke..huhu..macamna komen..di undi dengan Jepun kot. ditambah Bahrain dan Syria. nak masuk olimpik kena jadi juara kumpulan. memang kena jadi giant killer lah lepas ni Malaysia. dapat number 2 pun ok. main play-off nanti, main bermatian-matian.hahaha..harap-harap semau berjalan lancar nanti. main dengan gergasi Asia, famous balik lah nanti pasukan bola sepak Malaysia nanti.hehehe =)

MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!

merasa 1st ranking di featured post Innit..unbelieveable!

6 comments:
hai readers..FB nak tanya ni, apa erti popular ye? popular ke kita ni dengan adanya blog sendiri. haha..emm bagi FB, ada popular yang disanjung dan ada juga popular sebab dihina. so mana satukah popular kita ni. bagi FB tak popular pun tak apa. popular ni buat kita tak boleh buat kerja je kan..mesti asyik digangu dan kena melayan orang.susah oo macamni..adehhhs..

so sekarang ni FB nak cakap sikit(cakap kerr,,macam bermegah je) hahaha..buat julung kalinya FB tersenarai di Featured Post Innit. dah lama tau FB layan innit ni. ni baru sekali dapat masuk featured post. 1st ranking pula tu. mesti nak tahu kan macamna FB buat. jeng jeng jeng..sabar ye.FB nak tunjuk dulu..hehehe..berlagak gilerrr


macamna ye FB dapat duduk 1st ranking dekat innit ni. adakah sebab keyword dia..yelahkan, sebut pasal duit, cek atau trafik mesti melonjak naik punya kan trafik. tapi FB rasa bukan sebab ni. ini kerana dah banyak kali FB tulis entry pasal keyword tu, tak pernah-pernah pun entry naik dekat Featured Post tu. so macamna ye..emm semalam FB addpost di Innit lepas pukul 12 malam. inikah sebabnya. mungkin jugalah. sebab masa FB addpost, Nang It pada semua entry dekat Innit tu, sikit-sikit je. bila entry FB masuk, secara tidak langsung telah compete dengan entry yang Nang It sikit tu dan tersenarai di Featured Post..bila dah di Featured POst, lagi senanglah orang nak Nang It. sampailah jadi 1st ranking..hahahaha..mudah je kan..FB pun tak sangka tau..hehehe

Try lah k readers. sekiannnnnnn..

Anda Baca Fahmi Suka~~

Wednesday, July 6, 2011

susahnya bila dah bekerja...

4 comments:
hai readers..kerja dah siap ke tu. asyik berblogging je..hehe..kalau dah siap tak apa. kalau tak siap, faham-faham je lah k. FB tak apa ar. keja tak ada sekarang. free lagi.hahhaa..tapi bukan bermakna tak ada terus. huhu..bila keja nak ada tu, bukannya ada sikit-sikit je. banyak terus sekali mai. macamnalah FB tak mengeluh. susah tau bila kita dah bekerja. tu lah, kalau tak kerja tak ada duit dan hidup.. apalah boleh buat..orang tak bapa nak berada..huhu..hehe =p

bila kita dah kerja tu, kita dah ada tanggungjawap tau tak. beban tu satu. yang satu lagi hidup kita. kalau tak kerja, boleh ke kita hidup..susah-susah. dan bila dah kerja tu, bukannya senang nak tanggung, macam-macam dugaan ada. sesekali tu tekanan gila rasa macam nak berhenti kerja pun ada. tapi bila difikir-fikirkan balik, kalau behenti kerja, nanti nak kerja apa. bil tu bil ini, sapa nak bayar nanti. mahu tak mahu kena lah kerja dan bersua dengan tekanan ni. ish ish ish..betapa susahnya bila kerja ni kan..huhu

sumber Google Image

duit sebab utama kita kerja. orang gila je kerja sebab sukarela. kalau kerja sehari dua tak gaji tu tak payah cerita lah.huhu...kerja apa yang relax ek. ada jugak kerja yang relax, tapi gaji beribu riban. dan ada jugak kerja macam nak gila, gaji ciput je. kes-kes ni yang buat orang tekanan ni. huhu..tapi tu lah, kalau kerja gaji sikit tu bukan salah orang lain. salah kita juga sebab dulu kecik-kecik tak mahu belajar pandai-pandai.hahahahah..yang ni tak boleh nak kata apalah ye..im sorry..

bila kita dah bekerja ni, nak cuti pun payah kan. dulu masa sekolah, ada gak cuti semester, cuti tengah semester dan macam-macamlah cuti peristiwa. tak macam kerja, cuti sikit je. cuti bila cuti awam je. tu pun ada gak sesetengah pekerjaan tak dapat cuti. dugaan..huhu..selamat ada cuti tahun kan. lega sikit..tu pun ada gak tak bestnye..sebab apa, cuti tahun ni dah lah tak sampai 20 hari, pastu tak leh ambil sekali gus pula tu.huhu..sedih oooo..tapi nak buat macamna..kerja je lah..kerja kerja kerja..

itulah lumrah kehidupan. asalkan kerja dapat rezeki yang halal pun cukuplah untuk hidup di dunia dan akhirat. macam ustaz pula.hehe..kerja mana lah tak teruk. semua kerja ada penatnya. so, apa-apa kerja yang kita buat tu, terimalah dengan hati yang terOpen luas..hehe..chill = )

Anda baca Fahmi Suka~~

Cek dari Mr. Nuffnang..Terima Kahsehhhhhh...

26 comments:
hai readers..dah lama ke tak dengar cita pasal FB ni. haha..agak lama jugak lah FB menyepikan diri. tak kena langsung dengan tagline kat atas tu "cerita Fahmi untuk anda" hahaha. ayat poyo gila..hehe..so hari ini FB terdetik nak tulis satu entry khas untuk Mr. Nuffnang. setelah agak lama bertungkus lumus berblogging akhirnya dapat juga ganjaran dari hasil blogging ni. blog FB ada juga orang nak bagi ganjara. terharu rasa.hehehe..

tapi kan, FB ni berblogging untuk cari duit je tau dulu. tapi alih-alih dah dekat setahun baru dapat. hahhahaah..sekarang tercelik sikit, blogging tak boleh fikir money money money. tapi berblogging ni, kena macam berblogging sampai nak terputus jari untuk orang diluar sana aka visitors. yang ni pertama. yang kedua baru fikir pasal mr nuffnang k..hehe..em lepas dapat cek dari mr nuffnang ni, FB rasa semangat pun ada. tapi persoalannya, sampai bila semangat tu boleh bertahan ye.huhu..harap-harap dapat bertahan sampai dapat cek beribu riban dari nuffnang..hahahahahaha

so kepada readers di luar sana, teruskan berblogging ye. kalau ada masa FB jenguk dan baca. berblogging untuk orang di luar tu. InsyaAllah akan dapat cek.hahaha. yang ni je kan FB fikir, jahat gila otak ni.. apa yang FB boleh kata sekarang, terima kasih banyak-banyak untuk pihak nuffnang kerana terus mempercayai blog FB ni. FB harap FB akan bersemangat macam FB baru mula berblogging dulu tu..hehehe..so sekarang FB nak tunjuk cek yang FB dapat dari nuffnang (berlagak) hahahaha..


kehkehkehkeh =P...lagi satu akan datang..buat duit raya..heheheheh =)

My ShoutMix

There was an error in this gadget

Popular Posts