Tuesday, May 31, 2011

traffik konsisten setiap hari

11 comments:
hai readers..em hari ini FB tak ada cita apa sangat. macam selalu FB cakap, FB kan sibuk praktikal. nak update blog pun susah. tapi yang FB paling suka sekali ialah walaupun sekarang FB tak kerap update blog, tapi blog FB mencatat traffik yang agak konsisten setiap hari. konsisten tu bukan sikit. banyak lah jugak. banyak berapa tu biarlah rahsia. hehe..macamna ye Fahmi Blog boleh mendapat traffik yang konsisten. bukan nak berlagak. FB cuma nak berkongsi pengalaman FB berblogging ni. boleh naikkan semangat newbie blogger. nak naikkan semangat yang expert tu tak lah. FB pun baru lagi.hehehe..



macamna dapat traffik konsisten. sebenarnya FB mana ada cara-cara  atau tips sendiri nak kongsi. FB hanya ikut cara basic yang semua blogger buat sekarang. update entry tu memanglah. tapi tadi FB ada katakan walaupun tak kerap update blog, trafik maintain konsisten kan. senang je. entry kita tu mestilah bertajukkan KEYWORD yang panas-panas dan mampu menarik perhatian orang. senang kan. pengguna intenet yang search sesuatu untuk mencari maklumat, mesti taip perkataan penting je kan. ni lah namanya peluang kita. pilih keyword terbaik. betul tak FB cakap. benda basic je FB buat untuk dapatkan trafik konsisten. hehehe..

itu baru satukan. ada banyak lagi yang korang boleh cuba untuk naikkan blog korang. selain keyword, keaslian dan hak milik entry individu tu mestilah original. kalau asyik copy and paste je macamna nak popular. cita yang kita copy tu mesti dah berlambak kat blog lain. jadi sekarang, keaslian memang sangat penting bagi menentukan sejauh mana sesebuah entry itu boleh pergi. hehhe..pandai je kan FB ni..apa yang boleh FB cakap sekarang, berblogginglah dengan ikhlas. jangan ambil karya orang lain k.. cuba fikir idea dan buat cerita sendiri. kalau sempat FB akan baca entry korang..FB nak baca tau. sumbang satu trafik..hahahahhaha..selamat mencuba =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Monday, May 30, 2011

bila dah ada tanggungjawap

2 comments:

hai readers.. cukup seminggu tak lagi FB tak update blog. maaf-maaf ye. sibuk sikitlah sekarang. maklumlah dah kerja. tapi praktikal saja. kerja juga..hehe..dah ada tanggungjawap lain sekarang, nak berblogging pun susah sekerang. bukan tak ada masa tapi sebab hati ni memikir benda lain. perasaan nak berblogging tu lenyap seketika.huhu..teruk kan FB ni..tak apa lah. sekurang-kurangnya FB buat kerja. bukan buat benda yang tak berfaedah. kerja mencari rezeki dan untuk habiskan ijazah FB ni. kalau tak kerja aka praktikal ni, macamna nak graduate.hehe..

bila dah ada tanggungjawap ni, kita mesti lah bertanggungjawap. kan kan kan. betul tak ayat ni..bila kita diberi tanggungjawap, pertama sekali kita kena ambil serius. betul kan. kedua siapkan tanggungjawap kita tu. jangan sesekali lepas tangan dan ambil mudah. paling tak boleh suruh orang lain siapkan kerja kita. apa kita akan rasa kalau orang lain suruh kita buat kerja dia. mesti kita tak suka kan. tak pun kerja dia, dia nak ambil mudah ke. tiru kita ke. penat kita buat kan. kerja dia buat lah sendiri kan. ni kalau tanggungjawap kerja sekolah atau assignment ipta. hehe..tapi apa-apa tanggungjawap pun kalau kita buat tanpa usaha sendiri, memang tu kategori teruk lah..orang mesti tak suka punya. huhu

bila dah ada tanggungjawap tu, ikut mana pun ia memang akan jadi tanggungjawap kita. kalau kita tak buat kerja kita sekarang, lepas ni akan kena buat jugak. cuma buat awal siap awal, buat lambat siap lambat. terletak pada sikap individu itu sendiri..sampai bila kita nak harapkan orang lain tolong kita. diorang pun ada kerja diorang jugak. kalau selalu kita mintak tolong orang, lama orang tu pun tak suka. berpada-pada kalau nak minta tolong pun. nak dijadikan cerita, kerja kita, kita buat sendiri dan usaha sendiri. dah tanggungjawap kita kan...fikir fikir fikir..hehe =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Friday, May 20, 2011

pergi praktikal dapat 3 buffered earning..terima kasih nuffnang

10 comments:
hai readers..tajuk entry apakah ini. apa-apa pun jutaan terima kasih kepada Nuffnang kerana terus memberi kepercayaan kepada Fahmi Blog..Fahmi Blog dapat buffered earning (BE)  lagi..yang best sangat bukan satu..kelmarin saja dapat dua. ni FB bangun buka akaun nuffnang tambah lagi satu. semua sekali dalam minggu ni dapat tiga earning. sebelum ni ada dua. satu dah tamat. jadi sekarang empat BE yang FB ada. hehe..syukur...

tengok ni. hehe..bagi FB memang cukup luar biasalah dalam seminggu dapat tiga BE. tak pernah-pernah ni tau. tidak ada lima BE yang running tau. jadi metered satu. huhu. tapi bersyukur dah ni. hehe..tq nuffnang..

FB pun fikir lah, benda apa yang FB buat minggu ni sampai nuffnang bagi tiga BE dekat FB ni. bertuah sungguh lah rasa. masa tak dapat, susah sangat pula nak dapat. ni sekarang FB siap kerja lagi, aka praktikal. bukannya berejam-jam mengadap Fahmi Blog ni. lagi terbatas masa yang FB luangkan tau tak. nak dibandingkan sebelum praktikal, setiap masa mengadap. tak ada keja sikit je buka blog. hehe..tapi napa bila FB tak luangkan banyak masa, dapat BE ek? hehe..pergi praktikal dapat BE. hehehehe. lawak lawak..

tiga hari lepas FB ada hantar tiket dekat nuffnang. adakah ini salah satu sebab nuffnang bagi BE dekat FB. ada kemungkinan jugak kan. kalau kita rapat dengan mereka, mereka akan percaya lebih dekat kita. pendapat FB je lah. macam mengeratkan siratulrahim jugalah..hehehe..macam-macam lagi cara kita boleh berbaik dengan nuffnang. cuma tak tau saja. cuba search search tengok cara dan tips. mana nak tau ada..hehehe..harap-harap lepas ni lagi bertambah murah rezeki. ditambah rezeki praktikal pulak..pehhhh =) syukur Alhamdulillah...

Anda Baca Fahmi Suka~~

Thursday, May 19, 2011

ikhlas ke kerja overtime

4 comments:
Sumber Google Image

hai readers..ni baru FB leh bukak Fahmi Blog ni. malam je boleh buka. maklumlah kerja atau lebih sinonim sebagai praktikal untuk FB yang masih student lagi. hehe..siang mana ada masa bak buka blog..pagi keluar lewat petang baru balik. tapi hari ini FB nak cakap yang FB balik lambat sebab kerja. buat kerja lebih masa (overtime). tapi dapat elaun kerja OT lah. emm ikhlas ke ek FB ni kerja OT. ke sebab dapat elaun lebih.hehe..

ada ke orang yang sanggup kerja OT tanpa sebarang bayaran..kalau dia punya syarikat tak tahu lah. ikut mana pun, kerja tu kerja dia. mesti siapkan walau macamna cara sekalipun. suruh staf dia ke atau buat kerja sekali..hehe. kalau tidak syarikat bungkus atau kerja ditarik balik.hehe..kalau orang yang kerja dengan orang macamna ek. FB rasa semua orang yang kerja OT nak bayaran. sapa lah yang sanggup kerja buta-buta je kan. hehe..

kenapa orang selalu kerja overtime. satu sebabnya gaji berganda. betul tak. gaji overtime kadar dia mesti lebih tinggi dari gaji pokok punya. selalunya orang selalu buat overtime ni, gaji overtime diorang lebih tinggu dari gaji pokok tau. mana tak nya, kadar overtime ada yang 3 kali ganda, 5 kali ganda dari gaji biasa. kalau pekerja yang kerja gila-gila punya, mesti gaji dia macam dapat double gaji bulan-bulan. tapi satu je yang tak best. keluar kerja gelap(pagi), balik kerja gelap(malam). pergi gelap balik pun gelap. macam tak ada life lah pula kan..huhu..

rezeki tu datang dari tuhan. dekat mana-mana pun ada. tapi kita kena pandai lah cari peluang dan rajin. macam berblogging ni jugak lah. kita berblogging untuk apa. tak kan suka-suka je. mesti ramai yang nak cari pendapatan kan. walau tak pernak dapat dan susah nak dapat, orang berblogging jugak. sebabnya boleh dapat pendapatan. nak kata ikhlas berblogging tu ye, bukan tak ikhlas, tapi mesti ada tujuan lain di sebalik tu. macam kerja jugak.hehe

yang penting, kita kena rajin baru ada hasilnya. ikhlas ke tak, kena bagi ikhlas lah..apa-apa bidang yang kita, kita kena tau kita suka ke tak. dari situ kita akan tau kita ikhlas ke tak. dan selepas tu lihat hasilnya =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Monday, May 16, 2011

hari kerja dan hari cuti

2 comments:
Sumber Google Image

hai readers..hari ini ok ke? cuti kan hari ini. ada aktiviti apa hari ini..pada orang dah bekerja, mesti relax puas-puas kan. yang tak amibil cuti tu, kerja elok-elok k. dapat gaji triple kan. hehe. share sikit ye dengan FB..FB praktikal macam kerja jugak lah. hari ini cuti. yeyy..tapi bila dah cuti ni, rasa tak tahu nak buat apa lah pula. selamat ada GF..boleh gak teman FB ni. hehe..

bagi yang dah kerja lama tu, mesti rasa tak cuti pun tak apa. kan. rasa lebih baik tak payah cuti. simpan je cuti untuk hari-hari lain..untuk hari yang lebih memerlukan. ada juga pekerja yang tak ambil cuti sebab nak kerja overtime atau kerja dapat gaji ganda. yang ni pun satu hal. kalau time cuti public je, mesti kerja gila-gila punya. kalau boleh 24 jam, nak keja je 24 jam tu..gaji ganda tiga tu. triple..macam FB ni tak sampai lagi 2 minggu. nak kalau keja pun, macam keja amal lah. nak claim gaji keja lebih masa rasanya tak dapat kot..hahaha

bila kita dah keja ni, bila cuti je kalau tak ada rancangan apa-apa, mesti bosan plak. mesti rasa daripada duduk rumah tak buat apa-apa, baik kerja je. tu kalau hari cuti yang tak ada plan lah. kalau yang ada plan tu ok lah.hehe..tapi selalunya orang ramai akan guna secukup-cukupnya peluang cuti yang ada ni. pergi bercuti ke atau beriadah kat mana-mana. hehe..

jadi pada yang bekerja, apa aktiviti anda di masa cuti ni. tak kan duduk rumah je. tak best lah. seelok-eloknya kita pergi mana-mana untuk lepaskan penat dan tekana kerja tu. buang jauh-jauh benda ni. hari cuti hari untuk kita rehat  =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

makan di luar dan makan di rumah

4 comments:
Sumber Google Image

hai readers..dah makan belum ni..yang lapr tu segerakanlah makan ye. tak elok biar perut lapar.hehe..em FB sekarang dah makan. kenyang sangat. makan masakan ibu malam ni. hehe..tapi sejak seminggu ni, boleh dikatakan hari-hari tengahari FB makan luar. huhu..sebabnya FB praktikal. waktu office hour pula. memang kena cari makan sendiri lah. dah la duit tengah pokai ni. tapi tak apa. untuk makan minum FB juga =)

yang menjadi persoalan sekarang ni, mana lebih baik? makan di luar atau makan di rumah. makan di luar semestinya kita ada banyak pilihan kan. sedap ke tak, kena tengok kedai jugak lah. kalau makan di rumah kena ikut ibu kita. hehe. tapi tak dinafikan masakan ibu lah yang paling sedap sekali. dan boleh jimat kalau makan di rumah.hahahah..macam FB ni sama rata. tengahari makan luar, malam makan di rumah. hehe..adil dan saksama tak..hahaha..yang penting tengahari dan malam FB akan isi perut FB. tak boleh kalau tak makan..

nak dijadikan cerita, mana lebih menyihatkan antara makan di luar dan makan di rumah. makan di luar dah confirm kita tau tahu banyak kurang rencah-rencah. kita tahu makan je. di rumah pula, kalau kita atau ibu kita prihatin pada kesihatan, mesti ibu kita akan kawal sikit kan.heh..kelebihan dari segi kesihatan menang dekat makan di rumah. hehe..makan ka luar tu bukan tak menyihatkan, tapi kita kena pandai lah pilih makanan tu. betul tak..hehehe

semuanya terletak ditangan kita. selagi kita boleh makan, makan je apa yang kita nak.  tapi haris diingatkan, kesihatan paling penting. hehe..so sekarang apa lagi, jom belanja FB makan =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Sunday, May 15, 2011

satria neo berada dalam genggaman

8 comments:
sumber Google Image

hai readers.. FB update blog ni.hehe.. hari-hari sebagai blogger(blogger ker) tetap diteruskan walaupun sekarang FB tengah praktikal sekarang..untuk korang semua dan blog tercinta, FB akan update je. hehe..haa kali ni FB nak cakap pasal kereta lagi. setelah banyak kali gak lah tulis entry pasal kereta tanya pendapat, akhirnya kereta idaman FB akan sampai tidak lama lagi. bukan secondhand sebagaimana yang FB bincangkan sebelum ini. tapi baruuuuuu.. satria neo baru kot..hahaha..tak sabar dah ni nak tunggu dia keluar. bilang hari je ni..hehe

 adakah FB terlalu awal memiliki kereta? mesti yang ramai akan kata awal. yelah FB ni kan muda lagi. belajar lagi. kerja pun tak. dah lah kereta ni loan je. kereta baru mestilah kena loan. mana mampu nak bayar cash. tapi tak keja lagi macamna boleh buat loan? haha.. semua sebab kawan abah FB tolong kira. nak kata dapat murah tu tak lah. tapi komisyen yang salesman dapat, dia pulangkan balik. bulan-bulan tu, pakai duit FB gak. cukup lah kot sebelum nak dapat kerja. FB belajar pun dah nak habis. harap-harap semua ok..tapi ok lah tu kan..kereta baru..hehehe..

sebelum ni FB nak ambil kereta secondhand, tapi bila kawan abah FB ni bagi penerangan yang memang sangat-sangat boleh pakai, terus FB yukar fikiran ambil kereta baru. memang betul apa yang kawan abah FB ni cakap. orang berpengalamanlah katakan.. minta-minta lepas ni semuanya berjalan dengan lancar. tengah tunggu kereta sampai ni. hehe..seronok tak terkira..hahhaha

kerja kerja kerja..praktikal bermula

3 comments:
hai readers..emm agak lama FB tak update Fahmi BloG ni kan. hehe..sibuk lah..ni FB dah praktikal ni. hari-hari FB dah tak sama macam sebelum ni. sekarang hari FB macam seorang dah bekerja.huhu. bangun pagi keluar kerja pastu balik petang. FB praktikal ikut waktu pejabat. masuk pkul 8 30 sampai 5 30. tapi ada best sikit, isnin sampai jumaat sahaja. sabtu cuti..yeyyyyy..tapi tak boleh seronok sangat. banyak kerja nak kena siap masa di pejabat. memang rasa macam dah kerja betul lah..hehe

praktikal ni bukannya tak best. best sangat. FB dapat pengalaman baru. dapat belajar benda baru. kat uitm pun tak dapat ilmu yang dapat masa kerja. dunia kerja ni lagi luas. banyak lagi ilmu yang kerja belajar. tapi tak apa, FB ada 7 minggu lagi untuk kerja. mesti lepas ni banyak lagi yang FB akan dapat. hehehe..

2 bulan je FB praktikal. macam sekejap pun ada kan. cuti 4 bulan tapi praktikal 2 bulan je. FB ingat nak sambung lagi lah praktikal tu. bos FB pun ok. walaupun garang, dia banyak ajar. engineer dengan staff dekat situ pun ok gak. banyak yang FB dapat dari diorang. bukan nak puji, tapi memang FB puas hati lah praktikal dekat company consultant swasta ni. kalau kerajaan tu tak tau lah. tapi company kecil-kecil ni, memang akan dapat ilmu banyak sikit.hehehe.. FB baru seminggu dah dapat belajar benda baru. hehehe

minggu pertama FB, FB belajar pasal design retaining wall dengan design drainage system. ni bukan belajar saja ni tau. lepas belajar, FB kena design untuk projek ARA (nama projek company FB). FB dengan kawan se'praktikal kena design parit. apa yang FB design, akan JADI dengan tapak projek tu. gilaaa memang FB rasa bangga gila lah. pertama kali design untuk orang awam kottt..hahaha. staff dekat situ memang dah biasa. tapi FB yang pertama kali ni, memang rasa teruja sangat-sangat..hehehehe

esok isnin, FB kena kerja..mula minggu baru. rasa malas tu dah timbul sikit. tapi tak apa. relax-relax suda..hehe..ni FB ambil sikit masa untuk Fahmi BloG. dah rindu sangat dah ni. korang jangan boring k singgah dekat sini. InsyaAllah kalau FB ada masa, FB akan update blog kesayangan FB ni =)

Wednesday, May 4, 2011

Baru belajar photoshop edit gambar..

6 comments:
hai reades..hehe..gembira kan hari ni. FB sangat-sangat lah gembira. sebabnya exam dah habis secara rasminya hari ini. hahaha..enjoy sakan lah..jadi sekarang masa FB dah terluang dan lapang sangat. nak buat apa ye. blogging tu dah semestinya. sampai nak tergeliat jari dah ni.hahaha..

emm dalam FB tak ada keje, FB cari keje dan jumpa satu. iaitu edit gambar guna photoshop. hehehe..korang kat sana mesti dah expert dah kan. FB baru nak bertatih guna photoshop. tak ada sapa sudi ajar pun. belajar sendiri je ni..huhu..jadi sekarang FB nak tunjuk gambar yang FB edit. tengok dan cubalah jangan kutuk ye..ehhehe






 Anda Baca Fahmi Suka~~

Merdeka awal..

11 comments:
sumber Google image

hai reader..hari ni camna. ok ke..blogging ok tak..hari ini bagi FB sangat-sangat lah best sebabnya FB dah merdeka. haha. merdeka apa tu ye. FB dah habis exam lah. habis awal tau..hehe..pada sesiapa yang tak habis lagi tu, jangan cemburu sangat ye.hehe. kos FB adaak kos yang paling awal habis exam. mana tak seronoknya. boleh bersuka ria awal, balik rumah awal, semuanya awal. haha..lagi satu boleh berblogging puas-puas tanpa perlu ingat buku..hahahah..FB suka FB suka..

emm korang yang tak ada exam mesti rasa relax kan. tapi nanti kalau kalau dan masuk ipta atau sama dengannya, rasakan. penat kot tapi FB tak sangkal dunia ipta ni best. FB dah habis exam untuk semester ke-7 iaitu semester ke-2 terakhir. rasa sedih pula dah nak habis belajar. huhu. 5 tahun dah kot FB jadi pelajar ipta UiTM. bukannya pendek masa perjuangan FB tu.hahahah..ayat tak belah kan..apa-apa pun sekarang, FB dah merdeka. tak perlu lagi fikir pasal buku dan study. boleh bersuka ria..hehehe

mulai malam ni, Fahmi Blog akan aktif seaktif-aktifnya.. FB nak berblogging puas-puas sampai tergeliat jari-jari ni.hehehe..untuk pengetahuan korang, esok malam FB nak balik kampung FB di kedah. sapa nak ikut jom lah..ahahhaha..FB dah cuti semester sekarang. merdeka, raya, berparti sakan lepas ni..hehehe..kepada yang masih berjuang dalam exam, selamat berjaya!! merdeka merdeka merdeka kepada yang dah habis exam!! hehehe

Anda Baca Fahmi Suka~~

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Bekerja Blogger

5 comments:
Sumber Google Image

Hai readers..blogging camna. ok kan. selamat hari pekerja FB ucapkan kepada semua warga blogger. blogging pun satu pekerjaan juga. cuma tak rasmi je.hehe..seperti yang kita tahu, 1 may adalah hari pekerja di malaysia di mana tarikh cuti umum untuk semua pekerja. malaysia je lah. negara-negara lain hari pekerja diorang berbeza sikit. hehe..hari pekerja ni adalah untuk memberi penghormatan kepada semua pekerja yang penat membanting tulang untuk mencari rezeki. hehe

so hari ini cuti umum korang buat apa. tak akan tak keluar makan angin. tak pun makan nasik kenduri ke. hari mesti banyak kenduri punya. sedapnya kalau dpat makan nasik kenduri kan. hehehe..disebabkan hari pekerja jatuh hari ahad, isnin cuti lah sebab ganti balik cuti ahad tu. bestnya bagi orang yang bekerja. rehat sakan lah diorang. hahahah..kerja kerja juga. rehat pun kena. kesihatan tu penting. apa-apa pun sekali lagi FB ucapkan selamat hari pekerja.. =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

My ShoutMix

There was an error in this gadget

Popular Posts