Tuesday, November 15, 2011

Burger King RM1 - BKrazy Day

5 comments:
Ni nak habaq mai, esok 16 Nov 2011, ari Rabu, Burger King nak promote Burger SRINGGIT (RM1)..taktik ke apa benda, FB tak tau..tapi ni FB nak heboh..kat FaceBook dah kecoh..FB bagi lagi kecoh..lagi hinganq..kahkahkah..

Emm tapi ada gak syarat nya..biasalah tu taktik meniaga..nak dapat burger RM1 ni, kena beli mana-mana air berkabonat bersaiz medium kat dalam Restoran Burger King..beli ni baru boleh Burger RM1..

ada lagi tapinya..selagi stok masih ada..bukan satu hari confirm ada..taktik ja semua ni..hahhahaha..nah tengok ni..

Sumber FACEBOOK

Asal Usul Nuffnang

2 comments:


Saja nak sharing..orang kata sharing is caring..sharing is sexy..emm yelakot..lagipun korang mesti tak pernah nak amik tahu asal usul Nuffnang kan..just serving ja kan. laa ni mai sini FB nak bagitau..

Asal perkataan Nuffnang dari Jafaikan Word..bukan Jamaica ok..JAFAIKAN!! Jafaikan ni adalah dialek bahasa enggeris London. macam susah nak percaya tapi ni FACT okkk! hahaha

So, Nuffang bila ditranslate dari istilah Jafaikan kepada Melayu bermaksud KEBAIKAN YANG SEBENAR..kalau dalam English ialah REAL GOOD..faham kan..bagus!!

Nak dijadikan cerita, FB saja nak bodek Nuffang malam ni..kahkahkah..(nyampah)

Thursday, November 10, 2011

Sukan Sea 26th Indonesia Buka Tirai 11/11/11

2 comments:
 Sumber Google Image

11/11/11..11 November 2011..sekadar tarikh dan nombor. tetapi ia tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Indonesia serta kontinjen-kontinjen yang menyertai Sukan Sea yang ke-26 ni. Hari ini secara rasminya bermula lah temasya sukan sea ini yang berlangsung di Jakarta dan Palembang,,

em korang sedar ke tak ni Sukan Sea akan berlangsung. mentang-mentang sukan Sea je. kalau sedar pun mesti sebab Skuad Bola Sepak Malaysia menang dengan Thailand..hahahaa. Fb melawak je..Ni dah tahu, kita sebagai rakyat Malaysia mari memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia. tengok dekat TV pun jadilah. bagi naik sikit rating TV tu. tu pun dikira sokong juga tu..hahaha..


Pada edisi kali ini, Malaysia mehantar seramai 608 atlit terbaik negara di dalam 38 jenis sukan. target pingat emas hanyalah 40-45 emas memandang tak berapa banyak jenis sukan yang Malaysia sertai. untuk rekod pingat emas paling tinggi yang diraih ialah 111 emas di Sukan Sea Kuala Lumpur dan 68 emas di luar Malaysia iaitu di Korat.

Diharapkan Malaysia akan pulang dengan sekurang-kurangnya mencapai sasaran pingat emas yang ditarget. Ayuh Malaysia gegarkan bumi Indonesia!!! Aum Aum Aum!!

Aum! aum! aum! kembali kedengaran..Harimau Malaya Bangkit

No comments:
Gol Kemenangan Menentang Thailand yang di jaringkan Izzaq Faris Ramlan
Sumber Google Image

Hai readers..jom aum aum ramai-ramai. yelakan sejak Malaysia tundukkan Thailand 2-1 rabu lepas, semangat bola sepak Malaysia naik balik tau.. misi nak mempertahankan pingat emas tak lagi mustahil.

emm tapi apa yang FB tak puas hati sangat, Kumpulan A yang termasuk Malaysia ni, punyalah susah. memang maut lah. mana taknya, semua gergasi Asia Tenggara. Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura..Kumpulan B pula hanya Vietnam, Filipina, Laos, Myanmar. biasa ja kan.. tu lah, nama pun undian..terima je lah..

Sekarang Malayasia dah empat mata hasil perlawanan dengan Singapura dan Thailand. tiga mata lagi mungkin ada di tangan dengan lawan seterusnya ialah Kemboja. atas kertas memang nampak mudah tetapi kita tak boleh  pandang mudah gak..hehehe.apa-apa pun ayuh Harimau Malaya...lepas Kemboja tuan rumah Indonesia plak. yang ni memang perlawanan genting. kalau menang dengan Kemboja, seri pun jadilah dengan Indon.. tapi harap-harap Thailand vs Singapura seri juga.hahaha..

Dapat jadi naib juara kumpulan pun tak apa dah..kalau juara kumpulan, mesti jumpa Vietnam, lawan yang dah tiga kali kalahkan Malaysia di separuh akhir pada edisi lepas. bukan takut tapi kalau laluan ke Final senang, fokus untuk perlawanan Final boleh fokus lebih sikit. betul tak..

Apa yang FB boleh cakap, ayuh Harimau Malaya. tunjukkan belang harimau kita tu..Malaysia Boleh!!   jangan lupa tengok siaran langsung Malaysia vs Kemboja Ahad ni, 13/11/11..Aum! aum! aum!

Ni bukan Blog Sesawang ..ni Blog Sawang..

No comments:
Salam..hai readers..agak lama tak lepak sini sebenarnya..sampai nak taip entry pun dah tak reti..punca dia malas lah ni. mula-mula selang sehari tak update. pastu masuk selang seminggu. ni sekarang tak tau lah dah bapa lama selang dengan tinggal..hahaha.. saja FB nak mengeluh dekat sini..mesti readers dah meluatkan dengan blog FB ni. yang selalu masuk tu sampai dah tak masuk dah..hahaha..

ada semangat baru ke datang pada FB ni? macam tak je. minta-minta lepas ni ada entry baru lagi. pesanan kepada diri sendiri. huhu. FB terlintas nak buka blog ni pun sebab dekat Facebook ramai sangat orang post pasal entry baru. tiap-tiap hari ada. naik menyampah pun ada. last2 FB buka blog sendiri..hehehehe..lepas ni readers tunggu jelah. akan ada entry baru k..

macam nak gelak je. entry ni ntah apa-apa..main taip je FB ni..tajuk entry pun dah nak tergelak..tu lah kan, dah lama tak buka blog ni, jadi macam tulah..lama tak buka, banyaklah sawang..jenuh kena bersihkan balik..hehehehe..lawak je..

ada ke orang nak baca entry ni ye..entry ni macam untuk FB sorang je..tak apalah..layan je..hahahaaha..salam..

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #2 - Mercun

No comments:

Mood = Nak balik ke Bulan Puasa..

Kereta Saya Lebih Hebat Dari MyVi Extreme 1.5

No comments:
Hai readers..malas nak cakap banyak..tengok je k..betul tak FB cakap kerete FB lebih hebat dari Myvi Extreme 1.5...jangan jealous k..hehehe


Ye Neo..ni lah kereta FB..haha..lebih CC, lebih murah, lebih gagah, lebih elegance,  dan stylo..hahaha. bangga dengan kereta sendiri ni..dan baru jiwa muda sikit kalau ada Satria Neo ni..hehehe..

Mood : Tayang Kereta

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday - Ada FB Kisah

12 comments:

*orang buat kita pun nak buat wordless2 ni..kikiki..

Thursday, August 11, 2011

Kerajaan beri Bonus Kakitangan Awam sempena Aidilfitri - Syok lah Mama

10 comments:
hai readers..siapa dekat sini kerja dengan kerajaan? mesti best tak sangka kan. yelah dapat bonus katakan. termasuk lah mama FB yang tercinta ini. haha..berapa tu tak tahu lah, tapi minimum rm500.hahaha..gila jahat FB ni..apa-apa pun jangan diboros pula bonus tu ye..

kerajaan umum kakitangan kerajaan akan dapat bonus setengah gaji. siapa yang gaji beribu-ribu tu, sodap banyaklah. untuk pesara kerajaan pula, bayaran khas sebanyak rm500 akan diberi. mama FB dapat yang ni lah kot..bonus ni di jangka akan diperoleh tengah bulan ogos iaitu sebelum aidilfitri. memang bonus ni diberi sempena raya. raya sakan lah orang Malaysia tahun ni. hahaha

so, bonus dah dapat, bila lagi nak belanja FB.hehe..apa-apa pun ingat-ingat lah tuhan ye. jimat dan jangan boros. bonus tu jangan diperabis pula sebelum aidilfitri menjelang. guna elok-elok ye. dengar pesan FB ni. bukan selalu boleh pesan.hahahahahha..merapu gila kan...

* tengah tunggu berbuka puasa sekarang..selamat berbuka puasa ye semua =)

Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan datang kembali - Selamat Berpuasa

5 comments:
hai readers..bulan ramdhan akan menjelma tidak lama lagi. bermula malam ni jemaah Islam pasti berpusu-pusu ke masjid untuk solat terawih. harap-harap korang yang baca ni pun sama ye. hehehe..Selamat menyambut bula ramadhan FB ucap kan dan Selamat Berpuasa..hehehe

berblogging berblogging jugak. tapi kita kena ingat, time bulan ramadhan ni lah kita kena pertingkatkan amalan-amalan ibadat kita. sebagaimana bertungkus lumusnya kita berblogging, macamtu jugak lah kita kena beramal ibadat. hehehe..

malam ni mari kita meramaikan masjid k untuk solat terawoh. lepas tu kita tidur awal sebabnya yang pasti kita kena bangun awal untuk bersahur. sebelum tidur jangan lupa niat k. kepda sesiapa yang lupa ni FB nak peringat..Lafaz niat puasa Ramadhan ialah

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 

untuk niat sebulan ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Salam Ramadhan dari FB =) Selamat Berpuasa. jangan ponteng puasa ye dan selamat beramal =)

Wednesday, July 27, 2011

Misi hidup mati Malaysia vs Singapore

No comments:
 Sumber Google Image

Hai reader..hari ini skuad bola sepak negara kita akan bertemu dengan Singapura. korang tak rasa bahang kehangat perlawanan ini ke? perlawanan ini memang misi hidup mati skuad Malaysia yang sekarang ketinggalan 2 jaringan kepada Singapura. kepada yang masih blur kebingungan lagi, skuad Malaysia kita tewas 3-5 semasa 1st leg tempoh hari. jadi, walau macamna sekali pun Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 untuk layak ke pusingan seterusnya.

Situasi macamni pasti memberi tekanan yang tinggi kepada skuad negara kita..apa-apa pum tahniah buat penyokong kerana sebanyk 85000 tiket sudah habis dijual setakat tengahri semalam. dengan sokongan padu penyokong Malaysia, tak mustahil Malaysia akan memadamkan defisit 2 gol itu..

Ketiadaan Kapten Syafiq Rahim amat dirasai kerana midfielder kreatif kita ini dilayangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini. pun begitu, pengganti yang tidak kurang hebatnya iaitu Ismail Faruqi pasti akan melenyapkan nasib malang ini kerana midfielder Terengganu ini telah menunjuk prestasi yang memberangsangkan pada perlawanan 1st leg tempoh hari.. ditambah penyerang berbisa Malaysia Safee Sali, bahagian tengah hanya perlu kreatif dan menguasi kawalan bola untuk menghantar ke penyerang berbisa kita.

Siapa yang akan menjadi Kapten Malaysia masih menjadi tanda tanya. dengan kembalinya pertahanan Aidil Zafuan dari kecederaan, peranan kapten mungkin digalas beliau. pun begitu Safee Sali juga antara pemain yang dilihat bakal memakai lilitan kapten itu setelah menunjukkan sikap pemimpin pada perlawanan tempoh hari. dengan ketajaman beliau, beliau layak untuk dijadikan ketua pasukan Malaysia yang mengatakan perlawanan kali ini adalah perlawanan terbesar dalam karier beliau.

Apa-apa pun. berjuanglah habis-habisan. harap-harap dapat layak ke pusingan seterusnya. yang penting 2 gol dan disiplin mesti tinggi.. Malaysia Boleh!! hidup Malaysia!!

Sunday, July 24, 2011

Pembunuhan beramai-ramai di negara aman Norway

4 comments:

Salah satu kawasan di Norway
Sumber Google Image

hai readers..kepada yang masih belum tahu lagi berita pasal tragedi di Norway, ni FB nak info kat korang. tragedi ni amat-amatlah menggemparkan rakyat Norway dan seluruh dunia kerana Norway ni boleh dikatakan negara aman lah didunia ni. kira ranking lebih kurang dengan Malaysia amannya.. huhu

tragedi yang meragut kira-kira 92 orang dipercayai  berpunca dari peladang anti-Islam. peladang je kan. dengar macam tak amasuk akal pun ada tapi ni serius tau..agak mengejutkan yang suspek ni baru berusia 32 tahun dan digambarkan sebagai tinggi serta berambut perang.. lelaki ini yang lengkap bersenjata melepaskan tembakan pelbagai arah di kem remaja tajaan perti pemerintah Norway menyebabkan orang ramai lari ke arah hutan pulau Utoeya, dalam bangunan dan ada cuba berenang..memang saat-saat ni macam jantung nak tercabut atau nak menangis sekuat-kuatnya..cuba bayangkan..

Pulau Utoeya
Sumber Google Image

ini adalah serangan terburuk di eropah sejak pengeboman stesen keratapi di Madrid pada 2004..polis sudah berjaya menahan suspek dan menemui bom yang masih belum diletupkannya. menurut rakan suspek, suspek ni beragama Kristian yang sering meluahkan pandangan anti-Islam dan menentang keras dasar kepelbagaian budaya. suspek dipercayai salah seorang kumpulan pelampau sayap kanan dimana kumpulan ini sudah berkembang di Norway dan beberapa bahagian di utara eropah berikutan isu penghijrahan imigran..

rakyat Norway dinasihatkan tidak pergi ke bandar Oslo bagi mengelak kejadian..*sumber berita harian. kalau nak tahu lebih lanjut, korang search norway massacre. hehehe..dan jangan lupa berdoa agar negara kita terus aman dan tenteram =) 

Peace No War.. Anda Baca Fahmi Suka~~

Thursday, July 21, 2011

ghairah mahu lakukan sesuatu...

2 comments:
hai readers..pernah berasa ghairah. kalau yang tak pernah rasa ghairah tu, mungkin tak normal kot. ghairah ni macam-macam cara ada. jangan berfikiran bukan-bukan pula ye. ghairah yang FB cuba nak sampaikan ialah tentang sesuatu yang kita buat. pernah korang rasa tersangat-sangat ghairah melakukan sesuatu..bila kita dah ghairah tu, mesti lagi-lagi nak buat kan..

ghairah melakukan sesuatu ni mesti ada balasannya. kita tak kan terasa terlalu taksub kalau tiada apa yang kita akan dapat. bila dah ghairah tu, silap-silap seseorang tu lupa abis segalanya. minta kat FB jangan lah jadi camtu. berbloggimg ni pun dah cukuplah. buat berblogging berjam-jam sampai sanggup tak makan tak sembahyang pun susah jugak. ada benda lebih penting lagi yang perlu kita buat. tapi ghairah yang FB cakap ini bukan berblogging je. banyak lagi tu..ada yang sampai mati pun ada..haishhh..

apa yang Fb boleh cakap, biarlah ada faedah benda yang kita ghairah sangat nak buat tu. ni kalau ghairah hisap dadah, tu kira ghairah nak mati lah tu. kalau ghairah berblogging ke tengok bola ke main game ke, janganlah sampai orang tak suka kat kita pula. hehehe..macam bagi ceramah pulak kan. so sekarang,, ghairah lah anda sampai temui benda yang anda cari..hahahahaha..merapu =p

Wednesday, July 20, 2011

Penentu status bola sepak Malaysia - Malaysia vs Singapura Kelayakan Piala Dunia

17 comments:

hai readers..sihat? yela sekarang ni kan cuaca panas. mesti orang pakat ramai yang demam( lorat Kedah). nak tidur malam  susah.berpeluh-peluh dibuatnya. biasalah rumah tak ada aircond..pastu ditambah pula udara tak berapa nak bersih.Bersih? sensitif tuuu..hahaha..maksud FB udara sekarang agak kotor atau jerebu.. adoiii..kena mengena apa dengan semua ni...ini demam lain lah..hahaha

ini demam bola sepak Malaysia lah. bola sepak Malaysia sekarang tengah demam panas ni. korang tak demam jugak ke. demam kura ke demam kepialu ke.haha..FB baru ja lepas baik demam ni. yela Malaysia vs Arsenal dan Liverpool baru ja habiskan..tapi kali ini lebih dasyat. perlawanan Malaysia yang lebih bermakna dan penentu status bola sepak negara kita. bukan setakat demam lah. tak tahu nak cakap macamna.hehehe..

so sebagai rakyat Malaysia, mari kita tunjukkan rasa cinta terhadap negara kita.  jom pakat serbu stadium tengok Malaysia vs Singapura. pakai baju kuning tau. jangan pakai baju kelab-kelab lain pula. tergadai ooo maruah..hahahha..ada ke patut pergi tengok Liverpool vs Malaysia pakai baju Liverpool..haishhh...tapi for sure lah lawan Singapura nanti semua pakai baju Kebanggan Malaysia. hehehe..tapi Kuning ke Biru???


tak kisahlah baju kuning ke biru ke, janji kita pakai masa dekat Stadium National kebanggan kita Bukit Jalil.. lupa sekejap tuah baju biru dan tuah baju kuning.janji bukan baju putih merah OK!!. apa yang penting sekarang semangat kita untuk menyokong bola sepak negara kita tu naik macam sokong kelab EPL sesemangat FB sokong Arsenal..hahahha..

kepada yang masih tidak tahu aka blur mengenai perlawanan Malaysia vs Singapura, mai FB nak story sikit. pada 23 dan 28hb Julai ini merupakan perlawanan kelayakan piala dunia pusingan ke-2. dekat Singapura 23hb manakala di stadium keramat kita 28hb iaitu hari khamis. mudah-mudahan kejayaan menyebelahi kita dan lepas tu bulan puasa selamat berehat selamat berpuasa Harimau Malaya.hehehe

untuk penyokong Malaysia, persediaan yang kita perlu buat tak seteruk skuad bola sepak kita. training ke apa ke tak perlu semua tu.. kita hanya perlu penuhkan stadium je. bagi gamat dan gerun sikit kat Singapura..hahahaha..mcmna nak penuhkan kita hanya beli tiket yang berharga RM30 untuk free sitting atau RM50 untuk Grandstand. tiket boleh didapati di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam dua hari sebelum perlawanan bermula..penuh macamni boleh takkk??? hahahha


mudah-mudahan Malaysia menang pastu bolehlah berangan-angan untuk layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil..hahahhaha. Aminnnn

entry ke-100 untuk tahun 2011 - agak mengecewakan

No comments:
        Sumber Google Image

hai readers..hari ini FB nak memaklumkan dan meraikan entry yang ke-100 untuk tahun 2011 dan inilah entry nya. akan tetapi tiada apa untuk diraikan kerana bagi FB pencapaian ini agak mengecewakan. yelah..sekarang sudah memasuki julai dah pun. 100 entry tu biasa sangat lah kan. bagi blogger tegar, bulan julai rasanya dah 500 entry kot. Fahmi Blog ni biasa-biasa sahaja. kepada sesiapa yang mengharap lebih dari blog yang tak seberapa ini, maaflah ye. tapi terus terang FB cakap,  blog ni bukan cerita, bukan berita atau bukan hiburan untuk korang yang nak cari sesuatu dekat dunia intenet ni. tapi kalau tersinggah Fahmi Blog ni, singgah-singgah lah ye pastu..hehehhehehe..so akhir kata, tq BLOGGER tq NUFFNANG!!!!

Friday, July 15, 2011

Bercuti di Pantai Keracut Penang

5 comments:
hai readers..hari ini ok ke. tak tension ke.haha..macamna kerja. kalau tekanan tu seeloknya keluar bercuti atau rehat kat mana-mana. hilangkan tekanan yang semakin naik mencacak tu. hahaha..ni FB nak story sikit pasal percutian FB. percutian ke. pergi hari balik hari je.hehe..destinasi percutian FB ialah di Pantai Keracut Pulau Pinang.

tempat ni masih dara lagi. tak diganggu makluk-makluk yang tak dijemput. memang tenang disini. sesuai sangat untuk sesiapa yang hendak memancing, berkhemah atau mandi laut. ada dua cara nak datang ke Pantai Keracut ni, satu jalan merentasi bukit dari batu Feringgi dan dua naik bot. tapi naik bot ni kena bayarlah.huhu..jom2 tengok gambar-gambar ni =)

                                         everybody look to left..everybody look the right..

                                                     ni lah namanya Pantai Keracuttttt....
    
                                                             Naik bot jom........

                                                            Atas bot ni..hehehehe...

taknak naik bot jungle tracking lerr..hehehe

Thursday, July 14, 2011

Arsenal Asia Tour 2011 - Malaysia XI and China

2 comments:
hai readers..minat bola tak. kepada peminat EPL terutama peminat Arsenal, FB nak tanya ni, korang pergi tak tengok game Arsenal vs Malaysia. yang pergi tu mesti best kan. yang tak pergi tu rugi oooooo..hahaha..ramai star Arsenal datang. Robin Van Persie, Samir Nasri, Theo Walcott, Jack Wilshier dan ramai lagi.hehe..FB puas gila dapat tengok cara diorang main bola. buat masa sekarang Malaysia agak jauh ditinggal Arsenal.hehehe..maaf ye..

keputusan Arnal vs Malaysia ialah 4-0. pasti semua orang dah tahu kan. sebagai rakyat Malaysia, mestilah FB sedih plus kecewa. tapi nak buat camna kan. memang Arsenal tu terer. hahahha..tahniah kepada penyokong Arsenal yang hadir ke Stadium Bukit Jalil. memang ramai lah. hamipr 70000 peminat arsenal dayang membanjiri stadium. bangga gila FB dapat jadi salah seorang peminat arsenal. hehe..ni jom enjoy sikit gambar FB semasa di stadium Bukit Jalil a.k.a masa tu Stadium Emirates.hehehe

  Result Arsenal vs Malaysia..huhuhuhu..Mana satu ni nak sokong!! minat Arsenal tapi Negara tak leh dilupakan..

  Arsenal Forever!!!

                                                           Three different Arsenal home Kits

                                                                     Hidup Arsenal!!

                                                          We are Gunners Die Hard Fan!!

                                                 dah tahu sapa yang akan menang..hahahaha


                               Season depan Arsenal Champion EPL!!!hahahahah..

     

Saturday, July 9, 2011

BERSIH...

2 comments:
Sumber Google Image

hai readers..Bersih? perkataan yang selalu disebut sejak-sejak ini. apakah makna disebalik bersih ini. tak boleh main cakap je. sensitif tinggi masa-masa sekarang ni. so, no comment..hahaha

Thursday, July 7, 2011

Keputusan Undian Kelayakan Malaysia - Olimpik London 2012

1 comment:
hai readers..sekarang ni demam bola sepak Malaysia menjelma balik. petanda kebangkitan Malaysia semakin dirasai. sekali dengan FB rasa.hahha..mana taknya, pasukan olimpik layak ke pusingan kelayakan top 12, pasukan piala dunia masuk ke pusingan ke-2 kelayakan sejak sekian lama..dan yang paling best, 3 gergasi bola sepak English Premier League (EPL) akan bertandang ke Malaysia untuk bertemu dengan Malaysia. tak ke hebat ke namanya.hahaha..

macam lari tajuk pula kan..emm readers tengok tak game Malaysia lawan Lebanon. kalau tak tengok agak rugilah. memang mendebarkan. ingat Lebanon tu calang-calang pasukan ke. beza ranking dengan Malaysia, Lebanon tinggal Malaysia jauh tu.huhu..tapi tak apa, yang penting sekali Malaysia berjaya tewaskan mereka dengan aggregate 2-1. hahaha..tahniah buat pasukan olimpik Malaysia. confirm nanti FB pergi tengok games Malaysia di Bukit Jalil..hahahah..

Sumber Googel Image

dah tengok ke..huhu..macamna komen..di undi dengan Jepun kot. ditambah Bahrain dan Syria. nak masuk olimpik kena jadi juara kumpulan. memang kena jadi giant killer lah lepas ni Malaysia. dapat number 2 pun ok. main play-off nanti, main bermatian-matian.hahaha..harap-harap semau berjalan lancar nanti. main dengan gergasi Asia, famous balik lah nanti pasukan bola sepak Malaysia nanti.hehehe =)

MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!

merasa 1st ranking di featured post Innit..unbelieveable!

6 comments:
hai readers..FB nak tanya ni, apa erti popular ye? popular ke kita ni dengan adanya blog sendiri. haha..emm bagi FB, ada popular yang disanjung dan ada juga popular sebab dihina. so mana satukah popular kita ni. bagi FB tak popular pun tak apa. popular ni buat kita tak boleh buat kerja je kan..mesti asyik digangu dan kena melayan orang.susah oo macamni..adehhhs..

so sekarang ni FB nak cakap sikit(cakap kerr,,macam bermegah je) hahaha..buat julung kalinya FB tersenarai di Featured Post Innit. dah lama tau FB layan innit ni. ni baru sekali dapat masuk featured post. 1st ranking pula tu. mesti nak tahu kan macamna FB buat. jeng jeng jeng..sabar ye.FB nak tunjuk dulu..hehehe..berlagak gilerrr


macamna ye FB dapat duduk 1st ranking dekat innit ni. adakah sebab keyword dia..yelahkan, sebut pasal duit, cek atau trafik mesti melonjak naik punya kan trafik. tapi FB rasa bukan sebab ni. ini kerana dah banyak kali FB tulis entry pasal keyword tu, tak pernah-pernah pun entry naik dekat Featured Post tu. so macamna ye..emm semalam FB addpost di Innit lepas pukul 12 malam. inikah sebabnya. mungkin jugalah. sebab masa FB addpost, Nang It pada semua entry dekat Innit tu, sikit-sikit je. bila entry FB masuk, secara tidak langsung telah compete dengan entry yang Nang It sikit tu dan tersenarai di Featured Post..bila dah di Featured POst, lagi senanglah orang nak Nang It. sampailah jadi 1st ranking..hahahaha..mudah je kan..FB pun tak sangka tau..hehehe

Try lah k readers. sekiannnnnnn..

Anda Baca Fahmi Suka~~

Wednesday, July 6, 2011

susahnya bila dah bekerja...

4 comments:
hai readers..kerja dah siap ke tu. asyik berblogging je..hehe..kalau dah siap tak apa. kalau tak siap, faham-faham je lah k. FB tak apa ar. keja tak ada sekarang. free lagi.hahhaa..tapi bukan bermakna tak ada terus. huhu..bila keja nak ada tu, bukannya ada sikit-sikit je. banyak terus sekali mai. macamnalah FB tak mengeluh. susah tau bila kita dah bekerja. tu lah, kalau tak kerja tak ada duit dan hidup.. apalah boleh buat..orang tak bapa nak berada..huhu..hehe =p

bila kita dah kerja tu, kita dah ada tanggungjawap tau tak. beban tu satu. yang satu lagi hidup kita. kalau tak kerja, boleh ke kita hidup..susah-susah. dan bila dah kerja tu, bukannya senang nak tanggung, macam-macam dugaan ada. sesekali tu tekanan gila rasa macam nak berhenti kerja pun ada. tapi bila difikir-fikirkan balik, kalau behenti kerja, nanti nak kerja apa. bil tu bil ini, sapa nak bayar nanti. mahu tak mahu kena lah kerja dan bersua dengan tekanan ni. ish ish ish..betapa susahnya bila kerja ni kan..huhu

sumber Google Image

duit sebab utama kita kerja. orang gila je kerja sebab sukarela. kalau kerja sehari dua tak gaji tu tak payah cerita lah.huhu...kerja apa yang relax ek. ada jugak kerja yang relax, tapi gaji beribu riban. dan ada jugak kerja macam nak gila, gaji ciput je. kes-kes ni yang buat orang tekanan ni. huhu..tapi tu lah, kalau kerja gaji sikit tu bukan salah orang lain. salah kita juga sebab dulu kecik-kecik tak mahu belajar pandai-pandai.hahahahah..yang ni tak boleh nak kata apalah ye..im sorry..

bila kita dah bekerja ni, nak cuti pun payah kan. dulu masa sekolah, ada gak cuti semester, cuti tengah semester dan macam-macamlah cuti peristiwa. tak macam kerja, cuti sikit je. cuti bila cuti awam je. tu pun ada gak sesetengah pekerjaan tak dapat cuti. dugaan..huhu..selamat ada cuti tahun kan. lega sikit..tu pun ada gak tak bestnye..sebab apa, cuti tahun ni dah lah tak sampai 20 hari, pastu tak leh ambil sekali gus pula tu.huhu..sedih oooo..tapi nak buat macamna..kerja je lah..kerja kerja kerja..

itulah lumrah kehidupan. asalkan kerja dapat rezeki yang halal pun cukuplah untuk hidup di dunia dan akhirat. macam ustaz pula.hehe..kerja mana lah tak teruk. semua kerja ada penatnya. so, apa-apa kerja yang kita buat tu, terimalah dengan hati yang terOpen luas..hehe..chill = )

Anda baca Fahmi Suka~~

Cek dari Mr. Nuffnang..Terima Kahsehhhhhh...

26 comments:
hai readers..dah lama ke tak dengar cita pasal FB ni. haha..agak lama jugak lah FB menyepikan diri. tak kena langsung dengan tagline kat atas tu "cerita Fahmi untuk anda" hahaha. ayat poyo gila..hehe..so hari ini FB terdetik nak tulis satu entry khas untuk Mr. Nuffnang. setelah agak lama bertungkus lumus berblogging akhirnya dapat juga ganjaran dari hasil blogging ni. blog FB ada juga orang nak bagi ganjara. terharu rasa.hehehe..

tapi kan, FB ni berblogging untuk cari duit je tau dulu. tapi alih-alih dah dekat setahun baru dapat. hahhahaah..sekarang tercelik sikit, blogging tak boleh fikir money money money. tapi berblogging ni, kena macam berblogging sampai nak terputus jari untuk orang diluar sana aka visitors. yang ni pertama. yang kedua baru fikir pasal mr nuffnang k..hehe..em lepas dapat cek dari mr nuffnang ni, FB rasa semangat pun ada. tapi persoalannya, sampai bila semangat tu boleh bertahan ye.huhu..harap-harap dapat bertahan sampai dapat cek beribu riban dari nuffnang..hahahahahaha

so kepada readers di luar sana, teruskan berblogging ye. kalau ada masa FB jenguk dan baca. berblogging untuk orang di luar tu. InsyaAllah akan dapat cek.hahaha. yang ni je kan FB fikir, jahat gila otak ni.. apa yang FB boleh kata sekarang, terima kasih banyak-banyak untuk pihak nuffnang kerana terus mempercayai blog FB ni. FB harap FB akan bersemangat macam FB baru mula berblogging dulu tu..hehehe..so sekarang FB nak tunjuk cek yang FB dapat dari nuffnang (berlagak) hahahaha..


kehkehkehkeh =P...lagi satu akan datang..buat duit raya..heheheheh =)

Tuesday, June 7, 2011

Semua orang boleh jadi Photographer... Car Autoshow..

1 comment:
hai readers..hehe..lawak tak tajuk entry ni..betul tak ek FB cakap.. sekarang sapalah yang tak suka ambil gambar dan bergambar kan. semua suka punyalah. tambah-tambah belia-belia macam kita ni. camera mesti seorang sebiji.. yang ada camera dslr tu advantage kat diorang lah. macam FB ni. hahaha..bila kita dah ada camera, tak kan nak simpan je kan. mesti ambil gambar sakan punya..kalau gambar kita mesti posing habis punya..hahahahaha..

hujung minggu lepas FB memang pergi berjalan je. entry lepas pasal gambar pergi jalan Penang kan. ni kali ni, gambar pameran kereta pulak. nak ikut tu banyak gambar yang FB ambil. tapi penat nak tunjuk semua..tengok yang mana ada jelah k..huhu..

masa pameran tu memang ramai orang gila datang..selain pertunjukan kerete-kereta yang di modified atau saloon car, ada pertunjukan drift tau. memang best gilalah. bunyi deruman enjin tu kalah dengan bunyi tayar bergesel dengan jalan tu. betapa kuatnya bunyi slittttttt tayar tu..hahaha..nak cakap pun susah..kat sini model pun ada. FB ambil je. ramai orang ambil tau. FB pun apa lagi, join sekaki. tapi model banyak cina..pakai ala-ala gadis litar lah..hehe

jadi korang tengok-tengoklah ye gambar dekat autoshow ni. tak edit apa pun. upload terus je. hehe..nak FB ambil ambil gambar korang, PM lah FB ye..promote2 =)

 driftinggggggggggg...

 Bumber Car..hahaha

 Fast Furious

 Kelisa ker ni...

 Transformer..

Terbang Car
 Tron Lagacy

 
Gadis Litar..hahahahah..pandang sini semua...

 Gadis moto pun ada...
Ada pameran cakap ye...nak photoshoot pun cakap ye..hehehe =)

Monday, June 6, 2011

Panorama Sesak Georgetown, Penang

4 comments:
hai readers.. hujung minggu hari tu FB pergi Penang. 1st Avenue. saja jalan-jalan..dengan girlfriend tercinta..haha..masa dekat sana FB bawa sekali DSLR FB. jadi apa lagi, ambil gambar je lah masa tu. tapi FB nak tunjuk gambar permandangan bandar Georgetoen je. yang lain-lain tak boleh, private..haha..gambar bandar Georgetown yang FB ambil ni takda lah cantik sangat..tak macam profesional pun..biasa-biasa ja..so apa lagi..tengoklah ye..hahaha







Friday, June 3, 2011

maharaja lawak minggu ke-10 - Jambu Terbaik

1 comment:
hai reader..hari ini FB nak update pasal maharaja lawak. sekian lama FB tak keluarkan entry pasal maharaja lawak kan..korang dah tengok belum maharaja lawak minggu ke-10..kalau tak tengok lagi rugi lah. memang terbaik lah semalam. lawak gila sampai sakit perut.haha..over je..yang paling best bagi FB Jambu lah. yang lain bukan tak best, tapi Jambu memang paling best lah..hahaha. tak caya korang tengok lah sendiri k..

bukan nak puji lah. tapi diorang ni dah berjaya kembalikan populariti diorang dengan usaha sendir. Jambu mana ada rancangan sendiri macam yang lain-lain tu. tapi kesan diorang lebih tinggi dari yang lain oooo..pada yang tak tengok lagi tengok cepat-cepat k. final pun dah dekat ni..hehehe..


Wednesday, June 1, 2011

tarikh Myvi 1.5 keluar

3 comments:
Sumber Googel Image 

hai readers.. ok ke. dah check kereta ke. servis dah ke belum. FB ni suka sangat tulis entry pasal kereta kan.nak buat macamna dah minat kat kereta. hehe..emm sebelum ni FB ada tulis entry pasal myvi 1.5 bakal keluar ni. bilanya tak tahulah.  hari tu FB cakap april kan.  tapi sekarang FB dengar yang terkini punya JULAI atau SEPTEMBER lah pula. nak bagi tarikh yang tepat tak boleh lah ye. nanti tak jadi kena hentam pulak..hahaha..mesti ramai yang frust kan. terutama sekali kepada yang sedang tunggu untuk angkat Myvi 1.5 ni. sabar ye..tak lama dah ni. hehe

lambat bukannya apa, Perodua tengah buat ujian ni. ujian kena buat lama-lama dan teliti. nak keluarkan produk yang terbaik mestilah kena check sehabis mungkin. lepas ni keluar mesti meletup gila punya. haha..kelainan pada Myvi 1.5 ni ialah ia lebih sporty, bergaya, mewah dan kemas. nampak gagah dan tegar semacam kereta luar negara gitu. haha..FB nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga. tunggu dan lihat sendiri lah ye. tapi apa yang pasti myvi 1.5 ni harganya mesti mahal pada myvi sekarang.hehe..tak kisah lah mahal, janji padan dengan harga dan berkualiti..

Anda Baca Fahmi Suka~~

Tuesday, May 31, 2011

traffik konsisten setiap hari

11 comments:
hai readers..em hari ini FB tak ada cita apa sangat. macam selalu FB cakap, FB kan sibuk praktikal. nak update blog pun susah. tapi yang FB paling suka sekali ialah walaupun sekarang FB tak kerap update blog, tapi blog FB mencatat traffik yang agak konsisten setiap hari. konsisten tu bukan sikit. banyak lah jugak. banyak berapa tu biarlah rahsia. hehe..macamna ye Fahmi Blog boleh mendapat traffik yang konsisten. bukan nak berlagak. FB cuma nak berkongsi pengalaman FB berblogging ni. boleh naikkan semangat newbie blogger. nak naikkan semangat yang expert tu tak lah. FB pun baru lagi.hehehe..



macamna dapat traffik konsisten. sebenarnya FB mana ada cara-cara  atau tips sendiri nak kongsi. FB hanya ikut cara basic yang semua blogger buat sekarang. update entry tu memanglah. tapi tadi FB ada katakan walaupun tak kerap update blog, trafik maintain konsisten kan. senang je. entry kita tu mestilah bertajukkan KEYWORD yang panas-panas dan mampu menarik perhatian orang. senang kan. pengguna intenet yang search sesuatu untuk mencari maklumat, mesti taip perkataan penting je kan. ni lah namanya peluang kita. pilih keyword terbaik. betul tak FB cakap. benda basic je FB buat untuk dapatkan trafik konsisten. hehehe..

itu baru satukan. ada banyak lagi yang korang boleh cuba untuk naikkan blog korang. selain keyword, keaslian dan hak milik entry individu tu mestilah original. kalau asyik copy and paste je macamna nak popular. cita yang kita copy tu mesti dah berlambak kat blog lain. jadi sekarang, keaslian memang sangat penting bagi menentukan sejauh mana sesebuah entry itu boleh pergi. hehhe..pandai je kan FB ni..apa yang boleh FB cakap sekarang, berblogginglah dengan ikhlas. jangan ambil karya orang lain k.. cuba fikir idea dan buat cerita sendiri. kalau sempat FB akan baca entry korang..FB nak baca tau. sumbang satu trafik..hahahahhaha..selamat mencuba =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Monday, May 30, 2011

bila dah ada tanggungjawap

2 comments:

hai readers.. cukup seminggu tak lagi FB tak update blog. maaf-maaf ye. sibuk sikitlah sekarang. maklumlah dah kerja. tapi praktikal saja. kerja juga..hehe..dah ada tanggungjawap lain sekarang, nak berblogging pun susah sekerang. bukan tak ada masa tapi sebab hati ni memikir benda lain. perasaan nak berblogging tu lenyap seketika.huhu..teruk kan FB ni..tak apa lah. sekurang-kurangnya FB buat kerja. bukan buat benda yang tak berfaedah. kerja mencari rezeki dan untuk habiskan ijazah FB ni. kalau tak kerja aka praktikal ni, macamna nak graduate.hehe..

bila dah ada tanggungjawap ni, kita mesti lah bertanggungjawap. kan kan kan. betul tak ayat ni..bila kita diberi tanggungjawap, pertama sekali kita kena ambil serius. betul kan. kedua siapkan tanggungjawap kita tu. jangan sesekali lepas tangan dan ambil mudah. paling tak boleh suruh orang lain siapkan kerja kita. apa kita akan rasa kalau orang lain suruh kita buat kerja dia. mesti kita tak suka kan. tak pun kerja dia, dia nak ambil mudah ke. tiru kita ke. penat kita buat kan. kerja dia buat lah sendiri kan. ni kalau tanggungjawap kerja sekolah atau assignment ipta. hehe..tapi apa-apa tanggungjawap pun kalau kita buat tanpa usaha sendiri, memang tu kategori teruk lah..orang mesti tak suka punya. huhu

bila dah ada tanggungjawap tu, ikut mana pun ia memang akan jadi tanggungjawap kita. kalau kita tak buat kerja kita sekarang, lepas ni akan kena buat jugak. cuma buat awal siap awal, buat lambat siap lambat. terletak pada sikap individu itu sendiri..sampai bila kita nak harapkan orang lain tolong kita. diorang pun ada kerja diorang jugak. kalau selalu kita mintak tolong orang, lama orang tu pun tak suka. berpada-pada kalau nak minta tolong pun. nak dijadikan cerita, kerja kita, kita buat sendiri dan usaha sendiri. dah tanggungjawap kita kan...fikir fikir fikir..hehe =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

My ShoutMix

There was an error in this gadget

Popular Posts