Saturday, February 26, 2011

Kenduri Kahwin..

6 comments:
hai readers..hari ni readers xda jemputan ke kenduri kahwin ke. hari ahad mesti banyak kenduri kahwin.hehe..selalu bila pegi kenduri kahwin dpt makan apea ek. dekat kedah biasanya ayam masak merah, daging masak hitam, acar nenas, pajeri dgn oren.hehe..perggggh terliur plak bila tingat!! memang terangkatlah kalau dapat makan nasik kenduri time2 tghari ni.hehe

Emm dekat rumah FB pun ada ni majlis kenduri kahwin. jiran selang 2 rumah.tapi rumah sewa je lah. masalahnya FB nak pergi makan nasik kenduri ni.tapi tuan rumah jemput ke tak ni. kalau dekat rumah betul saya, asal jiran je, xpayah jemput secara formal. pegi je.jiran kan.semua dah kenal. tapi ni rumah sewa, kurang bertegur sapa. ni ah masalahnya..huhu. alamatnya melepaslah makan nasik kenduri hujung minggu ni..kempunannnnnnnn

*serius tingin pekena nasik kenduri...

Canon EOS 60D vs Nikon D90. mana lebih bagus??

17 comments:
hai readers..FB memang agak pening sejak dua tiga hari ni. tapi xla pening sakit apa sangat pun. tapi pening memikirkan DSLR model mana yang sesuai. dan yang paling penting bagus dan quality..u guys boleh bagi pandangan x? bagi yang pro bab-bab photographer ni, FB alu2kan sangat tinggalkan coment2 yang membina..hehehe

FB ada buat research, nikon d90 ni bagus jugak.cuma d90 ni dah 2 tahun kuar.mean model ni agak lama lah..canon 60d memang model baru.tapi dengar kata untuk video sesuai lah..tapi FB mencari DSLR yang mempunyai qualiti image dan video.dua2 sekali FB mahukan..u guys sila bagi pandangan k..hehe

* FB serius ni nak angkat satu..hehehe

sudahkah anda membayar saman??

No comments:
hai readers..haa sudahkah anda membayar saman anda..jika ada cepat2lah membayarnya..sebab sekarang dan sehingga 28hb feb 2011, ada potongan 50% utk pesalah yang melakukan kesalahan jalan raya..memang sekarang balai polis di seluruh negeri sesak dgn orang ramai yang mahu membayar saman..

readers semua ada saman tertunggak x?? jgn tunggakkan lagi k..50% tu agak banyak utk kita tolak..lagi satu, kalau x bayar saman, nama kita akan disenarai hitamkan utk renew lesen atau road tax.susahlah kalau mcmni ka..jadi, saya sarankan segerakan lah membayar saman tu!! xrugi bayar saman wlupun membazir duit kita..ahhahaha..

Final Pertama Arsenal Sejak 6 tahun..Wembley.!!

2 comments:



hai readers..lama sudaa FB x update FahmiE Blog ni..u guys semua rindu FB x? soalan poyo..hahaha..so, sekarang FB nak cita pasal team bola yang paling FB minat sejak form 2 lagi..haha..esok ahad 27hb, Arsenal mempunyai perlawanan genting bertemu Birmirham City. nampak mcm match senang tapi final tu!! mentality mesti lain punya lah..

Final ni mesti menjadi satu perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Arsenal. utk FB confirm2 lah..tunggu esok nak pergi tengok LIVE!! hahaha..dah a final ni yang pertama sejak 6 tahun..agak lama lah..last Arsenal menang piala masa FB form 5..fuhh agak lama ah..If Arsenal menang, arsenal akan menjulang PIALA CARLING!! walaupun piala ni x sepenting Premier League, tapi if menang, tentunya menjadi pembakar semangat utk player2 Arsenal untuk menang piala lain seperti EPL, UCL, FA Cup..banyak tournament lagi yang Arsenal boleh menang if power. semuanya bergantung pada Final pertama Arsenal ni. if menang mesti bertambah semangat!! Hidup Arsenal!!

Apa lagi..jom kita ramai2 pergi tonton Perlawanan Akhir Carling Cup ni..meriahkan suasana..pakai baju merah putih k..hahahaha..jommmmmmmm

Thursday, February 10, 2011

Futsal Jommmm...

No comments:
 
Hai readers..petang-petang yang redup ni readers buat apa?? jom lah ikut FB main futsal.haha..Untuk kali pertama sem ini, FB rasa teringin nak main plak. di tambah kawan-kawan rumah ajak, apa lagi terus follow. tadi FB dengan housemate pergi bermain di Sport Planer Shah Alam. Walaupun futsal selalu orang main malam, tapi petang tadi agak ramai jugak lah. yang bestnya waktu petang, rate yang di kenakan murah berbanding rate malam. cuma petang panas skit lah..hehehe

Setelah sekian lama tidak bermain, agak kurang biasa lah. hehe. tapi mujur semalam joging, tak lah rasa penat sangat main tadi. Stamina masih steady ok. Tadi sejam non stop..hehehe..overall best and fun lah. Selepas main tadi, rasa nak main lagi lah pula. maklumlah main tadi agak best. score 2 gol pulak tu. thank u kepada Fitri Karim dan Azhar Safwan kerana assist dekat FB. hehe..Tu lah FB kata tadi, lepas main tadi, rasa nak main lagi lah pulak. hehe..apa lagi reader2 sekalian, jom kita set main futsal. gathering main futsal. ok x cadangan FB.hehe..apa lagi,, jommmmmmmmmmm!!!

*roger2..hehe

Hello Sahabat Blogger..

7 comments:
Hai readers..hari yang agak panjang rasa. mana tidaknya, kelas untuk hari khamis dan jumaat dibatalkan. agak bosan jugalah kelas xda ni.huhu..anyway FB baru sahaja menyertai group blogger yang agak popular. Thank u kepada Fitri Karim yang sudi add saya ke group ini. hehe

Sahabat Blogger memang sedia maklum mempunyai pengikut-pengikutnya sendiri. FB sendiri memang x sempat nak membalas comment di ruangan wall Sahabat Blogger. tapi ada cerita menarik tentang saya dan sahabat blooger. Baru hari pertama menyertai sahabat blogger sudah ada gathering. hari pertama FB tu..hehehe. semasa gathering tersebut FB berkenalan dengan blogger yang sedia maklum popular.memang terkejut lihat mereka yang agak active.hahahha..kalau nak ikut mereka, memang macam-macam aktiviti mereka nak buat. tapi apakan daya, gathering waktu malam, masa agak terhad jugalah. tambah-tambah ferempuan..kuikuikui..

Apa yang pasti pada malam tu FB  dapat pengalaman baru dengan sahabat-sahabar blogger yang turut serta gathering tu. banyak jugalah tips yang FB dapat dari mereka. thank u sangat2 kepada Nisa Kay, Syafiq Rosli a.k.a SR, Fatin. mereka semua ni baru saja FB kenal semalam..hahaha..macam lawak je. baru join Sahabat Blogger terus ada gathering. hahahha..FUN!!!

Tuesday, February 8, 2011

ASB atau Emas?? Mana lebih Berbaloi..

13 comments:
Hai readers..agak lama FB menyepikan diri. maklumlah FB cuti seminggu sempena Chinese New Year..readers-readers sekalian ok ke. masih ada lagi yang bercuti ke..Hari ini FB mengumumkan cuti sudah tamat. mari kita sambung berblogging balik k tanpa henti..hehehe..seperti yang readers lihat topic di atas, FB mahu menbuat kajian mengenai pelaburan ini. FB harap readers di luar sana dapat membantu..YES!!

Pernah ke readers sekalian membuat pelaburan?? x kisah lah pelaburan jenis apa pun.asalkan pelaburan. pelaburan adalag satu platform yang pasti memberi kita manfaat satu hari nanti. cuba-cuba lah ye. banyak cara yang kita boleh melabur. contohnya ASB dan EMAS!! FB pasti ramai diluar sana sudah tahu apa itu ASB dan EMAS tapi ramai yang tidak tahu manfaat kedua-dua jenis pelaburan ini. walaupun tidak sebesar mana profit yang kita dapat, sekurang-kurangnya kita dapat daripada tidak dapat,  dan yang paling kita mempunyai simpanan sendiri!!! Hehehe

FB tahu mesti ramai yang sudah mempunyai akaun ASB. pelaburan yang senang untuk kita serta. tetapi untuk Pelaburan emas readers sekalian tahu x?? any idea. dari kajian FB sendiri, ramai yang mengatakan EMAS lebih menguntungkan dari ASB. sejauh mana kebenaran ini? kenyataan inilah yang ingin FB tahu.


Dari sumber web yang FB baca, memang banyak  yang mengatakan emas lebih menguntung kan. Sebagai bukti, harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008. Pada 18/7/2001 harga emas adalah sekitar RM1082.00. Selepas 7 tahun, iaitu pada 17/6/2008 harga emas melonjak ke RM3048.00!! Kenaikan 181.70% !!! Jadi, purata kenaikan setahun ialah  25.95% !!! Jika hendak dibandingkan dengan ASB purata pendapatan dividen dalam setahun adalah sekitar  8.5% ke 9.00 %. Ini membuktikan yang pelaburan emas agak berbaloi jika hendak dibandingkan dengan ASB.



                                                                     VS
So sekarang, you all rasa yang mana lebih berbaloi. ASB atau Emas?? FB harap readers dapat memberi sedikit tips dan share serba sedikit tentang pengetahuan ini. Apa lagi sekarang, jom lah melabur..Selamat Mencuba!!

My ShoutMix

Popular Posts