Friday, January 14, 2011

Filem Khurafat (2011) - Sinopsis


hai readers..seperti yang anda sedia maklum, filem terbaru bertajuk Khurafat telah rancak ditayangkan di seluruh panggung wayang Malaysia. Ia bermula pada 13 Januari 2011 lepas. Filem khurafat ini bergenre seram yang di bawah penerbit Skop Production. Filem ini diarahkan oleh pengarah muda iaitu Shamsul Yusuf.

Filem ini berkisar tentang perjanjian manusia dengan syaitan yang sama sekali dilarang Islam. Antara barisan pelakonnya ialah terdiri dari pengarahnya sendiri iaitu Shamsul Yusuf. Lain-lain seperti Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Md Eyzendy, Fauziah Nawi.

Sedikit sinopsis dari sumber blogging menceritakan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan. Ia sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci Islam. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah serta disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).

* so, ada berani ke pergi menonton filem seram Khurafat ini. Mudah-mudahan kita lebih insaf selepas menonton cerita ini. Amin.

9 comments:

xcyber said...

mmg nk tngok..
dah tengok ke?
btul2 seram sngt eh?

FahmiE said...

emm seram jugak lah..dan boleh menginsafkan..hehehe

anamizu said...

aah mmber cik ana ckp seram cite nih..ngee~~

recent post : |bantulah adik hairuman|

KakD said...

hehehe kalau nak tengok citer nih berani waktu siang jer le nampaknyer hiks

mie said...

gue de juga layan..
mencabar juga telinga ni nak dengar jeritan...

Relevan said...

Tenbok trailer nya pun sudah seram..

FahmiE said...

yeah..memang seram..rasa nak tutup mata je..

Buletin Bawang said...

cite ni banyak scene yang mengejutkan.. tapi jalan cite dia biase je bagi saya.. =D

Sarah Abadan said...

saye belum tgk lagi cite ni...xde member yg brani nak tgk -.-

My ShoutMix

Popular Posts