Monday, May 30, 2011

bila dah ada tanggungjawap


hai readers.. cukup seminggu tak lagi FB tak update blog. maaf-maaf ye. sibuk sikitlah sekarang. maklumlah dah kerja. tapi praktikal saja. kerja juga..hehe..dah ada tanggungjawap lain sekarang, nak berblogging pun susah sekerang. bukan tak ada masa tapi sebab hati ni memikir benda lain. perasaan nak berblogging tu lenyap seketika.huhu..teruk kan FB ni..tak apa lah. sekurang-kurangnya FB buat kerja. bukan buat benda yang tak berfaedah. kerja mencari rezeki dan untuk habiskan ijazah FB ni. kalau tak kerja aka praktikal ni, macamna nak graduate.hehe..

bila dah ada tanggungjawap ni, kita mesti lah bertanggungjawap. kan kan kan. betul tak ayat ni..bila kita diberi tanggungjawap, pertama sekali kita kena ambil serius. betul kan. kedua siapkan tanggungjawap kita tu. jangan sesekali lepas tangan dan ambil mudah. paling tak boleh suruh orang lain siapkan kerja kita. apa kita akan rasa kalau orang lain suruh kita buat kerja dia. mesti kita tak suka kan. tak pun kerja dia, dia nak ambil mudah ke. tiru kita ke. penat kita buat kan. kerja dia buat lah sendiri kan. ni kalau tanggungjawap kerja sekolah atau assignment ipta. hehe..tapi apa-apa tanggungjawap pun kalau kita buat tanpa usaha sendiri, memang tu kategori teruk lah..orang mesti tak suka punya. huhu

bila dah ada tanggungjawap tu, ikut mana pun ia memang akan jadi tanggungjawap kita. kalau kita tak buat kerja kita sekarang, lepas ni akan kena buat jugak. cuma buat awal siap awal, buat lambat siap lambat. terletak pada sikap individu itu sendiri..sampai bila kita nak harapkan orang lain tolong kita. diorang pun ada kerja diorang jugak. kalau selalu kita mintak tolong orang, lama orang tu pun tak suka. berpada-pada kalau nak minta tolong pun. nak dijadikan cerita, kerja kita, kita buat sendiri dan usaha sendiri. dah tanggungjawap kita kan...fikir fikir fikir..hehe =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

2 comments:

Freaky said...

teruskan jalankan tanggungjawab anda bro..

Penyakit bangga buat Dosa

cucu umie said...

betol3x..kita kne lunaskan tanggunjwab kita sendiri sebb itu adlh aamanah yg diberikan kepada kita.. selamat menjalani paktikal bro

My ShoutMix

There was an error in this gadget

Popular Posts