Wednesday, July 27, 2011

Misi hidup mati Malaysia vs Singapore

 Sumber Google Image

Hai reader..hari ini skuad bola sepak negara kita akan bertemu dengan Singapura. korang tak rasa bahang kehangat perlawanan ini ke? perlawanan ini memang misi hidup mati skuad Malaysia yang sekarang ketinggalan 2 jaringan kepada Singapura. kepada yang masih blur kebingungan lagi, skuad Malaysia kita tewas 3-5 semasa 1st leg tempoh hari. jadi, walau macamna sekali pun Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 untuk layak ke pusingan seterusnya.

Situasi macamni pasti memberi tekanan yang tinggi kepada skuad negara kita..apa-apa pum tahniah buat penyokong kerana sebanyk 85000 tiket sudah habis dijual setakat tengahri semalam. dengan sokongan padu penyokong Malaysia, tak mustahil Malaysia akan memadamkan defisit 2 gol itu..

Ketiadaan Kapten Syafiq Rahim amat dirasai kerana midfielder kreatif kita ini dilayangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini. pun begitu, pengganti yang tidak kurang hebatnya iaitu Ismail Faruqi pasti akan melenyapkan nasib malang ini kerana midfielder Terengganu ini telah menunjuk prestasi yang memberangsangkan pada perlawanan 1st leg tempoh hari.. ditambah penyerang berbisa Malaysia Safee Sali, bahagian tengah hanya perlu kreatif dan menguasi kawalan bola untuk menghantar ke penyerang berbisa kita.

Siapa yang akan menjadi Kapten Malaysia masih menjadi tanda tanya. dengan kembalinya pertahanan Aidil Zafuan dari kecederaan, peranan kapten mungkin digalas beliau. pun begitu Safee Sali juga antara pemain yang dilihat bakal memakai lilitan kapten itu setelah menunjukkan sikap pemimpin pada perlawanan tempoh hari. dengan ketajaman beliau, beliau layak untuk dijadikan ketua pasukan Malaysia yang mengatakan perlawanan kali ini adalah perlawanan terbesar dalam karier beliau.

Apa-apa pun. berjuanglah habis-habisan. harap-harap dapat layak ke pusingan seterusnya. yang penting 2 gol dan disiplin mesti tinggi.. Malaysia Boleh!! hidup Malaysia!!

No comments:

My ShoutMix

There was an error in this gadget

Popular Posts