Thursday, March 3, 2011

Perkhidmatan Percuma di Anjung Streamyx

         Hai readers. Hari ini FB memang teringin lakukan sesuatu dan memang secara kebetulan, ada contest terbaru pula. Tanpa berfikir panjang, FB terus menaip. Contest apa itu? Readers semua mesti mahukan perkhidmatan internet percuma bukan? dan mesti mahukan internet berkelajuan tinggi. Di sini FB ada tempat yang boleh beri readers kemahuan itu. 
         Mari kita layari Anjung Streamyx .  Di sinilah tempat di mana kita boleh mendapatkan perkhidmatan internet dengan hanya menggunakan jari sahaja. Tanpa perlu keluar untuk beratur serta menunggu giliran kita. Sangat mudah bukan? Anjung Streamyx menyediakan pendaftaran internet percuma untuk pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan internet. Selain itu, ia juga  menyediakan perkhidmatan naik taraf (upgraded) kelajuan internet dengan percuma.

       Anjung Streamyx menyediakan tiga pilihan kemudahan internet untuk pengguna. Pengguna boleh membuat pilihan yang terbaik mengikut kelajuan dan kemampuan. Tiga pilihan itu ialah Package Streamyx, Package Celcom dan Package UniFi. Kepada bloggers yang mempunyai masalah kelajuan intenet, FB sarankan untuk mendapatkan pakej-pakej ini kerana memang berbaloi dan puas hati. FB bercakap atas pengalaman FB kerana FB sendiri adalah pengguna Streamyx. Memang terbukti laju dan mempunyai download rate yang sangat tinggi.

        Secara ringkasnya, Pakej Streamyx menyediakan pendaftaran percuma dan mempunyai tiga packs iaitu Blockbuster Deals, GradPack dan Soho Package.Kadar sewa terendah adalah RM50 sebulan iaitu di dalam pakej GradPack. Apa yang lebih menarik, streamyx bukan sahaja menyediakan pendaftaran percuma, malah memberi modem percuma, ID streamyx zone serta banyak lagi kemudahan kepada pengguna. Untuk pakej Celcom, ia juga mempunyai tiga pilihan iaitu terdiri dari Lite, Basic dan Advanced. Apa yang istimewa ialah diskaun RM10 diberikan selama 6 bulan. Bagi pakej UniFi pula, ia mungkin sesuai untuk mereka yang mempunyai perniagaan sendiri atau kedai. Ini kerana, pakej UniFi adalah pakej yang tinggi kelajuannya serta tiada had gunaannya. Ia terdiri daripada UniFi VIP dan Unifi Biz.

Itulah secara ringkasnya cerita di sebalik Anjung Streamyx ini. Kepada bloggers, mari ikut FB sertai contest ini. Mudah saja. Hanya perlu layari Content Anjung Streamyx:) untuk keterangan lanjut. Tarikh tutup adalah sebelum 31 Mac 2011. Cepat-cepat. Hadiah lumayan. Agak rugi kalau menolak. Rezeki terletak ditangan kita kalau kita kuat berusaha.

Anda Baca Fahmi Suka~~

No comments:

My ShoutMix

There was an error in this gadget

Popular Posts